Resepi Kacang Panjang Goreng Telur

Hai semua. Memandangkan resepi kacang panjang goreng kicap tu dicari oleh ramai orang, jadi saya pun kongsikanlah resepi lain untuk kacang panjang.Resepi yang ingin saya kongsikan hari ini ialah resepi kacang panjang goreng telur.

Sebenarnya, saya masak resepi ni beberapa bulan lepas di Melaka. Saya dah post videonya di YouTube (klik sini untuk tonton) tetapi baru sekarang berkesempatan untuk update di blog. Jom baca resepinya.

Bahan-bahan 
3 ulas bawang putih-diketuk
Kacang panjang-dipotong
1 biji telur ayam-dipecahkan ke dalam mangkuk
Garam-secukupnya
Minyak masak

Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih lalu goreng sehingga garing.

2. Masukkan kacang panjang yang sudah siap dipotong dan kacau seketika.

3. Masukkan telur. Kacau dan hancurkan telur.

4. Apabila telur dan kacang panjang sudah masak, masukkan garam dan kacau.

5. Hidangkan kacang panjang yang sudah siap dimasak. 



Kalau anda ada resepi lain untuk kacang panjang, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Comments

Post a Comment