Hari ini saya kembali dengan perkongsian resepi yang melibatkan kubis ungu. Saya tidak tahu sama ada anda menganggap resepi hari ini pelik atau unik sebab saya akan kongsikan mengenai kubis ungu goreng rendang. Rasanya saya seorang saja yang buat resepi yang macam ni😂.
Sebenarnya saya tidak merancang untuk memasak resepi ini, tetapi mendapat idea secara tidak sengaja. Jika anda sudah baca Experience series, anda pasti tahu saya ada berkongi pengalaman pertama kali masak rendang ayam dan rendang itu tidak habis dimakan. Untuk mengelakkan pembaziran makanan, saya gunakan rendang itu untuk masak kubis ungu. Mari baca resepinya.
Bahan-bahan
4 helai kubis ungu-dihiris
2 biji bawang merah-dihiris
1 sudu pes rendang (boleh tambah atau kurangkan)
Minyak masak-untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah.
2. Setelah bawang merah tersebut garing, masukkan pes rendang dan kacau lalu biarkan seketika.
3. Masukkan kubis ungu dan kacau.
4. Hidangkan kubis ungu yang sudah siap dimasak.
*Saya tidak gunakan garam kerana pes rendang sudah mempunyai rasa masin.

Kubis ungu goreng rendang |
*Saya tidak gunakan garam kerana pes rendang sudah mempunyai rasa masin.
Selamat mencuba.
Baca resepi yang lain:
Resepi kubis goreng tom yam bersama ayam
Resepi salad goreng lada hitam
Baca resepi yang lain:
Resepi kubis goreng tom yam bersama ayam
Resepi salad goreng lada hitam
Wah.. satu olahan resepi yang menarik.. Jannah memang suka kobis ungu ye..
ReplyDeleteHaah, Kak Sha. Sekarang ni suka makan kubis ungu.
DeleteWow unik dan menarik resepi kali ni. Hehe
ReplyDeleteTiba-tiba dapat inspirasi😅
DeleteWow.. mama x penah rasa lagi ni
ReplyDeleteBoleh lah cuba lepas ni😊
Deletesaya suka makan kobis ungu ni sebagai salad ja. ni pertama kali tau boleh dibuat rendang. hehehehe
ReplyDeleteSaya suka goreng kubis ungu. Tapi kadang-kadang ada juga buat salad.
Deletewow menarik tak pernah masak kobis ungu..hehe
ReplyDeleteCubalah nanti, Sis Gee😊
Deletemcm x pernak nmpk pun kubis ungu ni kat supermarket..
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Kalau di Sabah, saya tidak pasti di mana dijual. Di Semenanjung biasanya boleh didapatkan di Cameron Highland tapi ada dijual di pasar raya juga.
DeleteMrs. A tak pernah makan lagi kubis ungu masak rendang.
ReplyDeleteBiasa makan buat goreng ataupun buat salad.
Boleh lah cuba lepas ni, Mrs. A. Saya pun baru pertama kali cuba.
Deletepernah tengok tapi x penah cuba makan hehe..
ReplyDeleteCuba lah makan lepas ni, SYM.
Delete