Resepi Kubis Ungu Goreng Rendang

Hari ini saya kembali dengan perkongsian resepi yang melibatkan kubis ungu. Saya tidak tahu sama ada anda menganggap resepi hari ini pelik atau unik sebab saya akan kongsikan mengenai kubis ungu goreng rendang. Rasanya saya seorang saja yang buat resepi yang macam ni😂.

Sebenarnya saya tidak merancang untuk memasak resepi ini, tetapi mendapat idea secara tidak sengaja. Jika anda sudah baca Experience series, anda pasti tahu saya ada berkongi pengalaman pertama kali masak rendang ayam dan rendang itu tidak habis dimakan. Untuk mengelakkan pembaziran makanan, saya gunakan rendang itu untuk masak kubis ungu. Mari baca resepinya.

Bahan-bahan
4 helai kubis ungu-dihiris
2 biji bawang merah-dihiris
1 sudu pes rendang (boleh tambah atau kurangkan)
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah.

2. Setelah bawang merah tersebut garing, masukkan pes rendang dan kacau lalu biarkan seketika.

3. Masukkan kubis ungu dan kacau.

4. Hidangkan kubis ungu yang sudah siap dimasak.

Kubis ungu goreng rendang

*Saya tidak gunakan garam kerana pes rendang sudah mempunyai rasa masin. 

Comments

  1. Wah.. satu olahan resepi yang menarik.. Jannah memang suka kobis ungu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, Kak Sha. Sekarang ni suka makan kubis ungu.

      Delete
  2. Wow unik dan menarik resepi kali ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. Wow.. mama x penah rasa lagi ni

    ReplyDelete
  4. saya suka makan kobis ungu ni sebagai salad ja. ni pertama kali tau boleh dibuat rendang. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka goreng kubis ungu. Tapi kadang-kadang ada juga buat salad.

      Delete
  5. wow menarik tak pernah masak kobis ungu..hehe

    ReplyDelete
  6. mcm x pernak nmpk pun kubis ungu ni kat supermarket..

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Sabah, saya tidak pasti di mana dijual. Di Semenanjung biasanya boleh didapatkan di Cameron Highland tapi ada dijual di pasar raya juga.

      Delete
  7. Mrs. A tak pernah makan lagi kubis ungu masak rendang.
    Biasa makan buat goreng ataupun buat salad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba lepas ni, Mrs. A. Saya pun baru pertama kali cuba.

      Delete
  8. pernah tengok tapi x penah cuba makan hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment