Menu Makan Malam yang Ringkas: Kentang goreng bersama nugget ayam dan salad

Hai, semua😊

Dalam entri sebelum-sebelum ini saya dah kongsikan resepi yang lebih sesuai untuk dijadikan minum petang . Jadi, hari ini saya ingin membuat sedikit kelainan dengan berkongsi menu makan malam. Menunya ringkas sahaja disebabkan kesuntukan masa untuk memasak hidangan yang memerlukan banyak penyediaan. Mari kita lihat bahan-bahan yang saya gunakan dan cara-cara untuk menyediakan hidangan tersebut.

Bahan-bahan
Nugget ayam tempura (boleh guna apa-apa jenama)
French fries (boleh guna apa-apa jenama)
5 biji tomato ceri-potong dua
2 helai kubis ungu-hiris
Mayonis secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng

Cara-cara menggoreng nugget ayam dan french fries
1. Keluarkan nugget ayam tempura dari peti ais lalu nyahbekukan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan nugget ayam tempura mengikut kuantiti yang anda inginkan.

3. Goreng sehingga keperangan,

4. Angkat dan toskan.

5. Ulang langkah 1 hingga 4 untuk french fries.

Cara-cara menyediakan salad
1. Cuci tomato ceri dan kubis ungu.

2. Potong tomato ceri dan masukkan dalam satu bekas.

3. Hiris kubis ungu lalu masukkan ke dalam bekas yang sama.

4. Masukkan mayonis secukupnya. Gaul hingga sebati.


Kentang goreng bersama nugget ayam dan salad
Selamat mencuba.

*Hidangan ini mudah untuk disediakan tetapi jangan selalu makan makanan yang diproses begini sebab tak baik untuk kesihatan., sekali-sekala tak pe😁

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Comments

  1. Salad tu nampak menarik.. kalau tambah carrot mesti lagi best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan nak tambah sayur lain lagi tapi tu je yang ada dalam peti ais. Mungkin kalau buat lain kali boleh tambah carrot.

      Delete

Post a Comment