Selamat Datang 2019

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia The Wonderful Jannah. 2018 telah pergi meninggalkan kita tetapi syukurlah kerana kita masih diberikan peluang untuk bertemu pada 2019. Pada 2019 ini, terdapat beberapa perubahan yang telah dibuat kepada blog ini (boleh tengok kat side bar). The Wonderful Jannah kini berwajah baru😊. Kenalah ada perubahan kan, takkanlah selamanya nak berada di tahap yang sama.

Untuk bloglist 2019, cuma ada 4 blog sahaja yang berada dalam senarai iaitu blog yang menjadi antara 10 followers pertama untuk blog ini. Kepada yang mahu berada dalam bloglist tersebut, anda perlulah selalu berkunjung ke blog ini supaya boleh mendapat update  terkini dengan cara untuk memasuki bloglist. Mungkin saya akan anjurkan segmen yang merupakan salah satu wish saya untuk 2019. Kalau nak tahu tentang wish  yang lain, boleh baca entri sebelum ini.

Selain itu, blog ini juga telah memaparkan senarai pengomen unggul bermula 31 Disember 2018. Syukurlah kerana 2018 diakhiri dengan baik dan 2019 bermula dengan baik juga. Setelah berhari-hari cuba mencari penyelesaian untuk meletakkan widget top commentator, anda kini dapat lihat senarai pengomen unggul blog ini di side bar. Terima kasih banyak kepada rakan blogger yang sangat baik hati iaitu, Yea. Kalau ada masa, bolehlah singgah ke blog beliau (blog beliau juga ada dalam bloglist).

Memandangkan 2 daripada 7 wishes  untuk tahun ini memerlukan anda untuk mencapainya, saya harap anda dapat follow blog ini (hanya klik follow di sidebar) dan juga Instagram @thewonderfuljannah. Terima kepada yang sudah follow. Saya akan cuba yang terbaik untuk membalas kunjugan anda.

Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi menghulurkan salam perkenalan dan menyokong blogger baru seperti saya. Semoga hubungan baik yang terjalin dapat dikekalkan dan kita terus menyokong satu sama lain. Mudah-mudahan pada tahun 2019 ini kita dapat menghasilkan entri di blog dengan lebih konsisten. Untuk memulakan sebuah blog sebenarnya lebih mudah daripada hendak mengekalkan semangat dan kerajinan untuk menulis di blog.

Comments

  1. Semoga terus konsisten menulis :)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru.. follow sini. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru, Ejulz. Saya akan berkunjung ke blog Ejulz. Terima kasih sudi singgah di sini.

      Delete
  3. Selamat Tahun Baru 2019! suka side bar blog Jannah skrg~ nampak lively gitu.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru juga, Myra. Terima kasih. Baru je tambah widget kat blog ni.

      Delete
  4. selamat tahun baru 2019
    semoga lebih cemerlang berblogging =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru. Semoga SYM juga terus aktif berblogging😊.

      Delete
  5. selamat tahun baru 2019.. semoga semua wish Jannah tercapai..

    ReplyDelete
  6. Semoga tahun 2019 banyak melakar kejayaan dalam kehidupan kita semua.Aamiin

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua dapat mencapai target untuk 2019 ni.

    ReplyDelete

Post a Comment