E-NOVEL: Kan Kutunggu Kau Kembali Bab 1

Hai semua.
Hari ini saya kembali dengan sambungan e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali. Kepada yang belum baca prolog, boleh baca prolog e-novel ini dalam entri yang lain. Saya akan letak link untuk prolog di bawah. Terima kasih kepada yang sudi baca karya saya yang biasa-biasa ini. Selamat membaca.


Shal, kau ada apa-apa plan untuk lunch tak?-Aqil BFF
Tak ada lagi. Kenapa? Kau nak belanja ke?-Eshal BFF
Baguslah kalau kau tak ada apa-apa plan. Jom lunch sama-sama nanti. Aku tunggu kau kat lobi macam biasa-Aqil BFF
Ok, tak sabar nak makan makanan yang kau belanja haha.-Eshal BFF

Aqil yang berada di pejabatnya berasa gundah gulana kerana tawaran kerja di United Kingdom yang diperoleh beberapa minggu yang lalu. Syarikat tempat dia bekerja bakal membuka cawangan yang baru di sana dan dia merupakan antara pekerja daripada cawangan Malaysia yang terpilih. Dia merasakan ini satu peluang yang baik untuk dia mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dan gaji yang lebih mahal. Namun, dia berat hati untuk meninggalkan Eshal di Malaysia.

Mereka berdua berkenalan semasa program orientasi di Multimedia & Management University. Semuanya bermula apabila Eshal menegurnya pada hari pertama orientasi. Sikap Eshal yang peramah menyebabkan Aqil berasa selesa untuk berkawan dengannya.

           “Hai. Aku Eshal Mikayla, budak marketing.” Eshal menegur budak lelaki yang duduk di sebelahnya sementara menunggu program bermula.
           “Hai. Aku Aqil Rayyan, budak engineering,” jawab Aqil. Dia tidak menyangka gadis itu akan menegurnya terlebih dahulu.

“Oh, budak engineering. Mesti keputusan SPM kau gempak. Kau dari mana? Datang mendaftar seorang diri saja ke? Aku tengok kau bersendirian saja sejak pagi tadi.” Kenapalah mulut kau ni banyak tanya sangat, Eshal. Nampak sangat kau sibuk nak ambil tahu tentang dia. Mesti dia fikir yang kau minat dengan dia.

Result aku biasa-biasa saja. Cukuplah untuk sambung belajar di MMU ni. Aku berasal dari Kuantan, Pahang. Aku memang datang sendiri saja sebab aku anak yatim piatu. Aku tak pernah berjumpa kedua ibu bapaku. Aku tinggal di rumah anak-anak yatim di Kuantan,” jawab Aqil dengan rasa sedih. Dia berasa sedih apabila melihat pelajar yang lain dihantar oleh ibu bapa mereka.

“Maaflah kalau kata-kata aku membuat kau rasa sedih. Aku pun orang Pahang. Aku lahir di Kuantan tetapi berpindah ke Temerloh ketika aku berusia 6 tahun. Aku tinggal dengan ibu dan adik perempuan aku setelah ayah pergi meninggalkan kami 2 tahun lepas. Memandangkan adik aku masih bersekolah, ibu tidak dapat menghantar aku untuk pendaftaran hari ini. Nanti bolehlah kita balik ke Pahang sama-sama. Akhirnya aku jumpa kawan sekampung. Semua orang yang aku jumpa setakat ini berasal dari Melaka, Johor dan Selangor.”

“Apa kata kau bagi nombor telefon kau? Senang sikit aku nak contact kau nanti,” kata Aqil. Dia sangat berharap agar Eshal tidak menolak permintaannya kerana Eshal merupakan kawan pertamanya di sini.

Eshal menyatakan persetujuan dan terus memberikan nombor telefonnya. Dia juga meminta nombor telefon Aqil.

Persahabatan mereka berkekalan sehingga ke alam pekerjaan apabila mereka mendapat tawaran kerja di syarikat yang sama. Disebabkan Aqil anak yatim piatu, Eshal lah satu-satunya orang yang rapat dengannya dan ibu Eshal, Puan Aqilah sudah seperti ibunya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aduh, habislah aku. Macam mana aku tak sedar dah pukul satu ni. Mesti Aqil membebel sebab aku lambat, kata Eshal di dalam hati. Dia memang seorang yang sangat fokus ketika membuat kerja sehingga boleh terlupa untuk makan.

Tergesa-gesa Eshal pergi ke lobi dan apabila dia tiba di sana kelihatan Aqil dengan muka yang masam. Dengan membuat muka tak bersalah dan perasan comel, dia meminta maaf kepada Aqil.

“Qil, sorry sangat-sangat. Aku tak sedar dah pukul satu tadi. Lepas ni, aku janji yang aku akan cuba untuk lebih menepati masa,”pujuk Eshal.

“Shal, kau ni kan.”

“Eh, Qil. Bukan kita dah lambat ke? Apa kata kau sambung membebel dalam kereta sebab aku dah lapar sekarang ni,”kata Eshal kerana dia malas untuk mendengar bebelan Aqil.

“Nasib baiklah kau ni kawan baik aku dan aku sayang kau. Kalau orang lain ni, memang aku dah tinggal,”ucap Aqil sambil mereka berjalan menuju ke keretanya. Eshal memang tahu cara untuk mengelak daripada mendengar bebelannya.

Ketika di dalam kereta, Eshal terus menghidupkan radio. Kereta Aqil umpama keretanya juga dan Aqil tidak pernah marah dia berbuat demikian. Kadangkala dia yang menjaga kereta Aqil jika Aqil outstation.

“Shal, kau ada teringin nak makan apa-apa tak?”tanya Aqil.

“Tak ada. Aku ikut kau aje sebab kau yang akan keluar duit untuk lunch ni. Asalkan tempat tu bersih, halal dan makanan sedap, aku tak kisah,”jawab Eshal. Ini merupakan salah satu perkara yang Aqil suka tentang Eshal. Dia jenis yang sentiasa bersyukur dan tidak pernah meminta-minta daripada orang lain.

“Kalau macam tu, kita makan kat Aeon Mall sebab dekat sikit dengan office. Lagipun aku nak keluarkan duit dulu sebelum kita pergi makan.”

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila mereka sampai di Aeon Mall, Aqil pergi ke ATM manakala Eshal menunggunya di KFC. Aqil memang tahu banyak benda tentang Eshal termasuklah fakta bahawa Eshal merupakan peminat tegar KFC. Dia selalu menjadi mangsa untuk menemani Eshal ke KFC jika ada menu baru yang dikeluarkan.

Shal, tunggu aku diam-diam kat KFC tu. Kalau ada mana-mana lelaki tegur, jangan layan.-Aqil BFF
Qil, aku dah besarlah. Kau tak payahlah risau. KFC ni memang area aku. Cepat sikit ambil duit. Aku dah kelaparan ni.-Eshal BFF
Yelah, sayangku Eshal. Otw ke KFC.-Aqil BFF

Ketika asyik berwhatsapp dengan Eshal, Aqil terdengar seseorang memanggil namanya lalu dia menoleh ke belakang. Kelihatan Zaquan sedang berjalan menuju ke arahnya.

“Hai, Qil. Lama aku tak jumpa kau. Aku dengar cerita kau dapat dinaikan pangkat dan akan bertukar ke UK,”kata Zaquan sambil bersalaman dengan Aqil.

“Ya, betul apa yang kau dengar. Tapi masih tak tahu bila sebab pejabat di sana masih dalam pengubahsuaian dan aku kena selesaikan semua kerja di Malaysia sebelum pekerja baru ambil alih jawatan aku,”jawab Aqil.

“Untunglah kau dapat peluang macam ni. Walaupun aku bekerja lebih lama daripada kau, tapi sampai sekarang tak pernah lagi dapat tawaran ke luar negara. Nanti kita sembang lagi lah sebab wife aku dah tunggu. Anak aku tak berapa sihat jadi tak boleh kita bersembang lama-lama,” kata Zaquan sebelum bergegas mendapatkan isterinya.

Nasib baik Eshal tak ada tadi. Kalau tak, mesti dia dah mengamuk, ujar Aqil di dalam hati. Dia terus mengatur langkah ke KFC.

*Maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam karya ini kerana saya masih baru dalam bidang penulisan novel. Saya sangat hargai jika anda meninggalkan komen yang positif dan membina.

Comments

  1. menarik, nak cari juga novel ni. tq jann.. shu dah masukkan dlm bloglist. tq join :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni tak ada dijual di pasaran, Kak Shu. Sebab saya yang tulis sendiri😅. Tapi tak siap tulis lagi sebab kekangan masa. Terima kasih sudi baca e-novel ni dan masukkan blog ni dalam bloglist Kak Shu.

      Delete

Post a Comment