E-NOVEL: Kan Kutunggu Kau Kembali Prolog

Hai, semua pembaca blog The Wonderful Jannah😊.
Hari ni saya ingin memperkenalkan sesuatu yang baru di blog ini khusus buat peminat novel. Jika anda sudah mengikuti blog ini untuk tempoh yang lama, pasti anda tahu saya sememangnya suka membaca novel. Percubaan pertama untuk menulis e-novel pada tahun ini. Jadi, selamat membaca prolog bagi e-novel Kan Kutunggu Kau Kembali.

E-novel: Kan Kutunggu Kau Kembali

Hari ini Eshal rasakan begitu sepi. Ketika mesyuarat mingguan juga sangat ketara bahawa dia tidak fokus sehingga ditegur oleh Encik Azmi, ketua Marketing department.  Semuanya gara-gara Aqil, kawan baiknya. Harapkan nama aje maksudnya dapat dipercaya tapi memang tak kena dengan orangnya.

“Hoi, Cik Eshal Mikayla,” tegur Rania sambil memukul bahunya. “Hish, kau ni. Tak ada kerja untuk dibuat ke? Sekarang ni belum lunch break lagi, mustahil kau datang ke department aku untuk ajak pergi makan, kata Eshal kerana dia tahu Rania bukan seorang yang suka melepak di tempat kerja orang lain.

“Aku cuma datang untuk menyampaikan pesanan daripada bos yang tercinta. Dia minta kau hantar laporan untuk mesyuarat pagi tadi.”

“Dekat meja kau bukan ada telefon ke? Kenapa kau tak telefon aku je? Tak perlu sampai turun dari tingkat 7 ke tingkat 5 ni.” Eshal merasakan ada sesuatu yang menyebabkan Rania datang ke meja kerjanya. Jangan-jangan Rania hendak tanya tentang Aqil. Habislah aku, bisik hati kecil Eshal.

Rania berasa agak ragu-ragu untuk memberitahu Eshal tetapi disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia tetap meneruskan niatnya. Eshal pula sudah keresahan menantikan apa yang ingin dikatakan oleh rakan sekerjanya itu.

“Sebenarnya aku datang ni bersebab. Aku harap kau tak marah kalau aku tanya. Kau dan Aqil macam mana? Kau tak nak hantar dia ke airport ke?

“Aku dah lama tak contact dengan dia sejak dia berhenti kerja,” jawab Eshah walhal Aqil baru saja Whatsapp dia malam tadi untuk bertanyakan hal tersebut. Eshal sebenarnya masih sayangkan persahabatannya dengan Aqil tapi setelah Aqil membuat keputusan tanpa berbincang dengannya, dia berasa agak sedih.

“Takkan kau dengan dia tak settle lagi pasal kes hari tu? Aku rasa baik kau pergi jumpa dia sebelum dia pergi. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari. Kurangkan sikit ego kau tu,”nasihat Rania kepada Eshal. Bukan dia tidak tahu bahawa Eshal sebenarnya rindukan Aqil cuma dia ego untuk cakap. Sejak Aqil berhenti kerja, dia perasan Eshal tidak ceria seperti selalu.

Ketika mereka sedang berbual, ringtone Hati Yang Kau Sakiti nyanyian Rossa kedengaran. Eshal tertanya-tanya siapakah yang menelefon kerana nombor tersebut tidak berada dalam senarai kenalannya. Kebiasaannya dia tidak akan menjawab panggilan daripada orang yang tidak dikenali tetapi hari ini hatinya tergerak untuk menjawab panggilan tersebut.

“Ya, saya Eshal. Ada apa-apa yang boleh saya bantu,”tanya Eshal. Beberapa saat kemudian air matanya gugur dan telefon pintarnya hampir jatuh. Rania yang melihat situasi itu terus berasa risau.

“Aqil kemalangan,”kata Eshal sambil menangis teresak-esak. 


*Maafkan segala kekurangan kerana saya masih belajar. Dipersilakan untuk tinggalkan pendapat ataupun komen anda untuk e-novel ini supaya saya dapat membaiki kekurangan yang ada. Terima kasih kerana sudi baca penulisan saya. 

Comments

  1. ini sokongan untuk terus menghasilkan karya e-novel. CT bukan peminat novel memang tak baca novel tapi ill sokong dari jauh. do what you like. semoga lebih cemerlang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan yang diberikan, CT. Semoga CT juga berjaya dalam bidang yang diceburi.

      Delete
  2. Permulaan yang baik! Tak sabar nak baca lagi. 😍😍

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca. Nantikan bab seterusnya😊.

      Delete
  3. permulaan yang baik.. Walaupun Kak Sha kurang minat genre cinta.. I'll support you dear.. Semoga berjaya melengkapkan novel ini.. Chayook chayook..

    ReplyDelete
  4. good start.. tak sabar nk tggu sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ke blog ni. Saya akan cuba update sambungannya dalam masa terdekat.

      Delete
  5. Wah, good job! Menarik, semoga terus menulis dan berkarya Jannah :)

    ReplyDelete
  6. Wah, kamu ada kemahiran dalam menulis novel. Teruskan berkarya ya

    http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih belajar, Fie. Sedang cuba mengasah bakat menulis. Semoga Fie juga terus aktif menulis di blog.

      Delete
  7. Nice! Ending tergantung macamni baru la gempak. ada daya penarik! teruskan usaha menulis ya? Jangan lupa cari sumber membaca juga. That's how you learn new vocab. Keep on doing what you do #support


    Sokongan dari jiwa penulis juga,
    ASH

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas sokongannya, Ashraf. Masih mencari idea untuk bab seterusnya😅.

    ReplyDelete

Post a Comment