Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan dikenali dengan penulisan yang berkualiti. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk berjaya dalam bidang ini. Di sini saya ingin kongsikan tips yang mungkin berguna untuk blogger baru bagi meningkatkan trafik blog dan menaikkan ranking blog mereka di Google Search. Blogger lama pun boleh baca juga. Jadi, mari kita lihat satu persatu.
1. Blogwalking ke blog lain
Blogwalking bermaksud anda berkunjung ke blog orang lain. Apabila anda singgah di mana-mana blog, jangan lupa untuk meninggalkan komen supaya pemilik blog tahu tentang kunjungan anda. Kebiasaannya pemilik blog tersebut akan membalas kunjungan dan ada sesetengah blogger akan terus follow blog anda. Sebagai seorang 'junior' dalam dunia blogging, anda tidak boleh mengharapkan blogger 'senior' untuk berkunjung ke blog anda terlebih dahulu. Jika anda tidak memberitahu kewujudan blog anda, bagaimana mereka ingin menjadi pembaca blog anda. Jangan lupa untuk meninggalkan link blog bagi memudahkan blogger lain untuk blogwalking. Namun, diingatkan bahawa jangan sesekali spam blog orang lain dengan link blog anda. Banyakkan komen tentang sesuatu yang berkaitan dengan entri yang ditulis. Jika anda spam link blog, hal tersebut menggambarkan seolah-olah anda begitu terdesak untuk mempromosikan blog anda.
2. Promosikan blog di media sosial
Sebagai seorang blogger, anda tidak boleh segan untuk memberitahu orang lain bahawa anda mempunyai blog. Jangan pedulikan kata-kata negatif. Dalam kehidupan ini, sudah pasti ada yang suka apa yang kita lakukan dan ada juga yang sebaliknya. Letakkan link blog di profil Facebook, Instagram dan Whatsapp. Boleh juga PM kenalan anda untuk berkongsi link blog. Jangan lupa publickan media sosial anda supaya lebih ramai dapat melihat post anda tentang blog. Jika anda tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan peribadi di media sosial, anda boleh membuat akaun media sosial khusus untuk mempromosikan blog sahaja. Anda juga boleh meletakkan link blog dalam signature emel.
3. Follow blogger lain
Untuk berjaya dalam dunia blogging, anda harus mencari lebih banyak kenalan dan membina jaringan (networking) dengan blogger lain. Kebanyakkan blogger Malaysia memang supportive. Mereka menyambut baik kedatangan blogger baru dalam dunia blogging. Apabila anda follow seseorang blogger, tidak mustahil terdapat blogger lain yang mula menyedari kewujudan blog anda. Jangan malu dan segan untuk memulakan langkah pertama.
4. Cari topik yang anda minati
Menjadi seorang blogger bukanlah untuk menulis satu entri sahaja. Anda harus memberikan komitmen terhadap blog anda dan sentiasa mencari idea untuk menulis. Sebagai seorang manusia biasa, kita akan menghadapi masalah kekeringan idea. Namun, jika kita menulis tentang topik yang kita minati, kita akan lebih bersemangat untuk menulis. Jangan terlalu mengikut cara penulisan orang lain. Jadilah diri sendiri kerana keunikan penulisan anda boleh menarik minat pembaca untuk terus setia mengunjungi blog anda.
5. Tulis entri tentang sesuatu yang selalu dicari di Google Search
Salah satu cara untuk mendapatkan pengunjung daripada organic search adalah dengan menulis topik yang mendapat carian popular di Internet. Kebiasaannya, entri review makanan, produk kecantikan, pengalaman, tutorial, tips, novel, hiburan dan isu semasa sering dicari di Google Search. Anda boleh Google terlebih dahulu tentang apa yang popular buat masa sekarang. Kemudian, tulislah tentang topik tersebut tetapi dengan cara anda sendiri.
6. Elakkan tulis entri yang negatif
Untuk kekal lama dan relevan dalam dunia blogging, jauhkan diri anda daripada perkara yang negatif. Elakkan daripada menulis entri yang berunsur fitnah, 18sx dan isu sensitif. Ingatlah bahawa kejayaan yang dicapai dengan cara yang salah tidak akan kekal lama. Blog yang berkualiti dan berunsur positif akan menjadi pilihan pembaca berbanding blog yang berunsur negatif.
7. Tulis entri baru secara kerap
Blog yang baik adalah blog yang aktif. Blog anda akan nampak 'hidup' jika mempunyai entri baru dan banyak komen yang ditinggalkan oleh pembaca. Bagi yang bukan blogger sepenuh masa, anda mungkin mempunyai komitmen lain dan tidak dapat menulis entri baru secara kerap. Namun, sekurang-kurangnya cuba update blog anda seminggu sekali.
8. Hargai pengunjung blog anda
Anda harus ingat bahawa pengunjunglah yang menaikkan blog anda. Jadi, anda harus cuba sedaya upaya untuk menarik minat mereka supaya mereka terus menjadi pengunjung setia di blog anda. Penghargaan kepada pengujung tidak semestinya melalui giveaway. Memberikan ucapan terima kasih dan juga membalas komen adalah cara percuma bagi menunjukkan penghargaan kepada mereka.
9. Sertai segmen/giveaway/contest
Bagi blogger baru, segmen/giveaway/contest merupakan antara cara yang berkesan untuk menambah kenalan dan menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda. Jika anda dapat berada dalam bloglist blogger yang terkenal, hal itu adalah satu bonus kerana anda boleh mendapatkan trafik melalui blog lain.
10. Buat kajian tentang trafik blog
Untuk meningkatkan trafik blog dan lebih memahami pengunjung blog anda, anda boleh mendaftar akaun Google Analytic dan Google Search Console. Kedua-dua aplikasi tersebut amat bagus dalam memberikan maklumat tentang trafik blog. Jika anda menganalisis dan memahami data yang diperoleh, anda boleh mencari jalan untuk memajukan lagi blog anda. Jangan risau tentang kos kerana kedua-duanya adalah percuma. Anda hanya perlukan sambungan Internet untuk menggunakannya.
Anda harus ingat bahawa kejayaan tidak dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Bagi sesetengah orang, mereka dapat melihat hasil daripada usaha mereka dalam tempoh yang lebih cepat dan ada pula yang sebaliknya. Satu perkara yang anda harus ingat ialah kejayaan itu adalah rezeki daripada Tuhan. Rezeki setiap orang adalah berbeza-beza. Namun, jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha, berdoa dan satu hari nanti pasti kejayaan menjadi milik anda. Kesabaran adalah amat penting dalam apa-apa jua yang kita lakukan.
Semoga tips-tips yang dikongsikan bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Baca juga:
10 tips lulus untuk lulus Google Adsense pada permohonan pertama

Tip yang sangat² menarik. Satu jela... Jangan mengharapkan pulangan dalam masa yang singkat. Tapi, bila kita minat dan suatu hari membuahkan hasil in shaa Allah... Kita pasti akan sentiasa update blog walaupun kekadang ada masa tak update...
ReplyDeleteBetul tu, Kak Fiza. Minat yang akan mendorong kita untuk terus berusaha walaupun kita tak tahu bila kejayaan tu akan diperoleh.
DeleteBetul Jannah, kekadang pageviews naik dan turun.. kena banyak bersabar
ReplyDeleteKesabaran tu memang penting. Kadang-kadang kita bersemangat update blog tapi pageviews tak seperti yang diharapkan. Ada hari tinggi, ada hari rendah sikit.
DeleteTips yang sangat berguna untuk bloggers baru :)
ReplyDelete