Hai semua pengujung blog The Wonderful Jannah.
Terima kasih atas sokongan anda semua dan terima kasih kerana sudi singgah ke sini. Bagi yang sering berkunjung ke blog ini, pasti anda sedar terdapat perubahan di blog ini. Apakah itu?
Cuba anda lihat baik-baik. Kini sudah ada iklan daripada Google Adsense yang disiarkan di The Wonderful Jannah. Saya membuat permohonan untuk Google Adsense setelah blog ini beroperasi kira-kira 7 bulan. Syukurlah, permohonan kali pertama terus diterima. Jadi, saya inginkan kongsikan tips untuk lulus Google Adsense pada permohonan pertama.
Sebelum anda baca tips tersebut, saya ingin tegaskan di sini bahawa tips yang bakal saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan melalui pembacaan.
1. Guna template yang disediakan oleh pihak Blogger (built-in template)
Memandangkan saya merupakan blogger baru dan mula menceburi dunia blogging pada penghujung Oktober 2018, saya memang tidak tahu untuk customise template. Saya hanya gunakan template yang disediakan oleh pihak Blogger. Anda harus ingat bahawa tidak semua template sesuai dan mesra SEO untuk diluluskan oleh Google Adsense. Jika anda menggunakan template daripada pihak Blogger, kebiasaannya template tersebut sesuai untuk Google Adsense.
2. Tulis entri yang panjang dan berkualiti
Entri yang berkualiti sememangnya antara yang mempunyai pengaruh yang besar. Sebaik-baiknya hasilkan entri yang melebihi 300 patah perkataan. Kadangkala mereka yang mempunyai entri yang sedikit tetapi semua entrinya berkualiti diterima oleh Google Adsense. Salah satu cara untuk menghasilkan entri yang panjang dan berkualiti adalah dengan banyakkan membaca dan tulis tentang topik yang anda minati. Saya pastikan tiada entri saya yang hanya ada gambar. Semua entri akan saya tulis dengan panjang termasuk entri untuk segmen dan giveaway. Anda boleh lihat entri-entri yang telah saya tulis.
3. Jangan tiru atau salin penulisan orang lain
Ini merupakan antara tip yang penting. Jangan sesekali menyalin atau meniru penulisan orang lain. Tulislah mengikut kemampuan anda sendiri. Entri yang dicopy paste susah untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam Google Search. Mungkin anda mendapat idea daripada entri orang lain. Namun, jangan ikut apa yang mereka tulis satu-persatu. Sebaliknya, olah idea tersebut mengikut kreaktiviti anda. Setiap orang seharusnya mempunyai gaya penulisan yang tersediri. Pengunjung tetap anda juga pasti dapat mengenali gaya penulisan anda. Oleh itu, jadilah diri sendiri ketika menulis.
4. Kurangkan gambar, lebihkan perkataan dalam entri
Ada orang yang mengatakan bahawa kita perlu banyakkan perkataan daripada gambar dan video di blog supaya senang untuk mendapat kelulusan bagi Google Adsense. Mungkin tip ini ada benarnya kerana saya jarang meletakkan gambar bagi entri yang saya tulis kecuali entri makanan, tutorial, resepi dan novel. Tapi janganlah tak letak gambar langsung kerana gambar boleh menjadi salah satu daya penarik untuk orang membaca entri kita.
5. Jangan mohon Google Adsense terlalu awal
Bukan senang untuk dapatkan duit. Jadi, janganlah terlalu teruja untuk memohon Google Adsense jika blog anda sebenarnya belum bersedia untuk Google Adsense. Sebaik-baiknya mohon Google Adsense apabila blog anda sudah berusia sekurang-kurangnya 6 bulan. Pastikan juga blog anda mempunyai trafik yang stabil. Oleh itu, letakkan lebih usaha untuk mempromosikan blog anda bagi tempoh enam bulan pertama. Jangan terlalu fikirkan tentang Google Adsense lagi. Kemungkinan untuk permohonan anda ditolak adalah sangat tinggi jika anda memohon terlalu awal.
6. Letak About Me, Contact, Disclaimer (penafian) dan Privacy Policy
Anda boleh buat page About Me untuk menerangkan tentang latar belakang diri anda. Contact pula memudahkan pengunjung blog untuk menghubungi anda. Disclaimer dan Privacy Policy juga penting kerana boleh melindungi anda daripada tindakan undang-undang bagi kes tertentu dan pengunjung dapat mengetahui bagaimana data mereka dikumpulkan dan digunakan. Sebagai contoh, pengunjung tidak boleh menyaman anda jika produk yang anda review tidak berkesan kepada mereka apabila anda meletakkan dalam Disclaimer bahawa anda tidak bertanggungjawab atas apa yang terjadi hasil penggunaan maklumat daripada blog anda. Blog yang mempunyai semua komponen tersebut akan nampak lebih meyakinkan di mata Google dan juga pengunjung.
7. Hanya letak widget yang sesuai
Bagi blogger baru, anda mungkin berasa teruja untuk menghias blog anda dan meletakkan widget. Namun, anda harus ingat bahawa terlalu banyak widget membuatkan blog anda kelihatan tidak kemas dan boleh meningkatkan loading time (masa yang diambil untuk semua maklumat di blog anda dipaparkan). Sebaiknya anda fokuskan kepada widget yang penting sahaja seperti label, blog archive, top commentators dan blogger profile. Selain itu, widget yang terlalu banyak akan membuatkan iklan Google Adsense anda tenggelam. Dalam masa yang sama, tolong jangan letakkan iklan lain jika anda ingin mohon Google Adsense.
8. Lihat pengalaman blogger yang telah berjaya
Pada masa kini, bukan susah untuk mendapatkan maklumat untuk sesuatu perkara kerana semuanya berada di hujung jari anda. Anda hanya perlu cari di Google Search dan YouTube tentang tips atau cara-cara memohon Google Adsense. Ramai blogger yang berkongsi tentang Google Adsense di blog mereka. Anda boleh meninggalkan komen di entri mereka atau terus emel mereka untuk bertanya lebih lanjut. Jangan segan atau malu untuk menuntut ilmu.
9. Pastikan blog telah siap dibina
Bagi yang ingin memohon Google Adsense, adalah amat penting untuk anda memastikan blog anda betul-betul siap dibina. Jangan tukar atau edit template ketika anda membuat permohonan. Google Adsense mungkin menganggap blog anda masih belum siap sepenuhnya jika anda menukar template.
10. Sediakan sistem navigasi yang mesra pengguna
Blog dengan sistem navigasi yang baik akan membuatkan pengguna selesa dan seronok untuk berkunjung ke blog kita. Anda boleh gunakan widget seperti pages, label dan blog archive untuk memudahkan pengguna mencari entri yang mereka kehendaki. Anda harus mempertimbangkan tip ini jika anda ingin mendapat pengunjung tetap ke blog anda.
Sampai sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya tidak dapat dapat memberi jaminan yang permohonan anda akan diterima jika mengikut semua tips di atas. Namun, tidak salah untuk meletakkan usaha yang lebih dan cuba yang terbaik. Setiap usaha itu pasti ada hasilnya. Apa-apapun, semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Semoga anda berjaya dalam permohonan Google Adsense anda.
Jika anda ada tips yang lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Tahniah Jannah. Tips yang berguna untuk mereka yg ingin memohon AdSense :)
ReplyDeleteTerima kasih, Yea😊. Mudah-mudahan entri ni dapat membantu sesiapa yang ingin memohon Google Adsense.
DeleteTahniah JR, hihi.....cheq pun terus dapat pasang adsense dengan permohonan pertama. Boleh geng la kita noo 😆🙏🏻
ReplyDeleteTerima kasih, CS. Boleh geng😂
DeleteCongratulations on getting approved. Nice tips as well. I applied for Google Adsense after 6-7 months just like you. My blog was missing so much stuff back then but thankfully, mine got approved in 1 day :)
ReplyDeleteThank you, Farah😊.
Deleteteringin nak minta tapi asyik malas je.. hehehe..
ReplyDeleteTahniah Jannah..
Terima kasih, Kak Sha. Cubalah mohon. Mana tahu ada rezeki untuk diterima pada permohonan pertama. Lagipun Google Adsense sekarang ni lebih mudah untuk dihandle sebab banyak rujukan dan built-in features.
Deletenice tipss.. bagus juga kita connectkan entry lama pada entry baru. nice sharing.:)
ReplyDeleteThank you, Kak Aien.
Delete