BLOGGER CHALLENGE: Introduction and My Recent Photo


Hai semua. Ini merupakan entri pertama untuk blogger challenge. Seperti yang anda dapat lihat, entri ini berkenaan pengenalan dan juga gambar terkini. Mungkin ada yang masih belum  kenal lagi dengan saya. Jadi, jom kita mulakan.

Nama saya Jannah Ramli dan merupakan pemilik blog The Wonderful Jannah. Saya berusia 21 tahun dan masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang bioinformatik. Mesti ramai yang pelik apabila dengar bidang pengajian saya. Bagi yang nak tahu lebih lanjut, boleh baca entri saya tentang bioinformatik di Malaysia.

Saya merupakan anak Orang Asli Semelai yang berasal dari Pahang. Memang dari lahir sampailah sekarang tinggal di Pahang. Cuma sekarang ni bukanlah sepanjang masa ada di Pahang sebab saya melanjutkan pengajian di negeri Melaka. 

Hobi saya membaca, menulis dan memasak. Rasanya yang ni memang nampak jelas melalui entri yang tulis di blog ini. Saya hanya blogger separuh masa dan dalam masa yang sama sedang cuba untuk menyiapkan novel pertama saya. Saya sudah mula terlibat dalam dunia penulisan sejak sekolah menengah tapi tidak pernah disiarkan di mana-mana media kecuali majalah sekolah. Itupun hantar karya sebab suka-suka je. Apabila sudah ada blog, saya mula kongsikan karya saya di sini.

Baiklah, sesi pengenalan diri dah tamat. Sekarang ni kita beralih kepada gambar terkini pula. Kalau anda mengikuti blog ini, anda pasti perasan yang saya tidak pernah pun letakkan gambar saya dalam mana-mana entri. Begitu juga di Instagram @thewonderfuljannah. Senang cerita saya tak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi saya. Saya lebih suka kongsi tentang pengalaman, hobi dan kehidupan saya sebagai seorang pelajar. 

Saya harap anda menghormati keputusan saya untuk tidak meletakkan gambar terkini di entri ini. Masa sekolah dulu adalah juga upload  gambar di media sosial. Tapi sejak masuk univeristi ni dah kurang. Saya banyak post tentang blog je. Cuma nakkan lebih privacy  sebab masa sekolah dulu saya dah pernah rasa macam mana kehidupan apabila ramai orang yang kenal. Pergi mana-mana pun kena pastikan senyum je walaupun masa tu tengah bad mood  atau saya tak kenal pun orang tu. Apabila ramai orang kenal, lagi ramai yang nak tahu kehidupan peribadi kita. Kalau kita ni biasa-biasa je, orang tak berminat pun nak ambil tahu. 

Mungkin suatu hari nanti kalau saya rasa nak letak gambar sendiri di blog ni, saya akan letak. Mungkin bila saya dah jadi penulis yang berjaya nanti😂. Yang pasti bukan dalam masa terdekat. 

Bagi saya, semuanya terpulang pada diri sendiri. Saya tak kisah kalau ada yang rajin berkongsi gambar diri dan keluarga di media sosial sebab itu hak anda sebagai pemilik gambar tersebut. Kita saling menghormati pandangan dan prinsip masing-masing, okay. Jangan kecam orang lain yang berbeza pendapat dengan kita.   

Sekian sahaja entri kali ini. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. 

Comments

  1. O... Muda lagi Jannah ni. Betul tu... Hak orang kena hormat. Masing² ada pendapat right dan kita takde hak nak kecam pendapat orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi, Kak Fiza. Belajar pun tak habis lagi😂.

      Delete
  2. Betul, kena ada privasi juga di dalam media sosial dan alam siber ini. Kerana akhir2 kita sedia maklum gambar kita boleh di photoshop untuk kejahatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua dijauhkan daripada orang yang berniat tidak baik. Kalau tertutup sangat sampai langsung tak nak ada kaitan dengan media sosial pun tak boleh juga sebab sekarang ni kerja pun banyak melibatkan media sosial. Di universiti pun, ada lecturer yang gunakan Facebook untuk berhubung dengan pelajar. Apa yang penting, kita amalkan sikap bersederhana.

      Delete
    2. Yup. Naim ada pengalaman lecturer di politeknik dahulu guna media sosial bagitau kelas x ada. hehe. Pro dan Contra . hehe

      lepas tu suruh create grup wasap. senang cikit

      Delete
    3. Itulah. Nak ke tak nak memang kena ada media sosial sekarang ni. Untuk kerja pun sama juga.

      Delete
  3. Eh sama umur hehe. Singgah follow sini :)
    https://thejagungspirasi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi follow blog ni, Aiman. Nanti saya buat kunjungan balas.

      Delete

Post a Comment