EXPERIENCE: Menginap Di Jinhold Apartment Hotel, Bintulu, Sarawak

Pada bulan lepas, saya dan keluarga telah ke Bintulu Sarawak selama 3 hari 2 malam (klik sini untuk baca). Ketika lawatan kami ke sana, kami menginap di Jinhold Apartment Hotel. Hotel tersebut terletak bersebelahan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta berdekatan dengan Park City Hotel.

Kami daftar masuk ke hotel agak lewat kerana perlu meyelesaikan beberapa urusan terlebih dahulu. Apabila sampai ke hotel, saya agak kagum melihat dekorasi dan suasananya. Dekorasinya cantik dan nampak agak mewah walaupun harganya bukanlah begitu mahal. Suasana di hotel tersebut amat tenang dan sunyi kerana bukan terletak di pusat bandar. Memang sesuai untuk yang nak merehatkan diri dari kesibukan kota.

Yang paling tidak disangka tentang Jinhold Apartment Hotel adalah cara lifnya berfungsi. Kami terpaksa tanya pekerja di situ kerana kami tidak dapat menggunakan lif. Rupa-rupanya, perlu swipe macam nak buka lock screen pada smartphone. Seterusnya, kad bilik perlu diimbas pada pengimbas di dalam lif untuk mengaktifkan lif tersebut dan secara automatiknya lif tersebut tahu di tingkat berapa bilik anda.

Kelengkapan di dalam apartment memang terbaik. Peralatan untuk memasak dan peti sejuk disediakan. Peti sejuknya bukanlah peti sejuk bersaiz kecil seperti di kebanyakkan hotel tetapi saiznya seperti peti sejuk yang kita gunakan di rumah. Terdapat juga balkoni untuk melihat pemandangan. Pilihan saluran televisyen juga agak banyak.

Dari segi makanan, makanan di Jinhold Apartmen Hotel adalah antara makanan hotel yang terbaik dan tersedap yang saya pernah makan. Selain itu, menu sarapan yang disediakan adalah berbeza setiap hari. Jadi, tak adalah bosan makan makanan yang sama. Jom tengok apa yang saya makan.

Nasi goreng, timun, ayam masak merah dan kacang tanah

Kuey Tiow goreng, kacang tanah dan ayam

Teh o  panas
Sebenarnya ada lagi makanan yang tak ditunjukkan dalam gambar. Antaranya ialah, mi sup, bubur, roti bakar, samosa, kek, nasi lemak dan lain-lain. Memang meriah dengan makanan hotel ni. Kalau nak order telur dadar, telur mata atau telur separuh masak, kita boleh beritahu kepada waitress yang bertugas.

Apa yang boleh saya katakan tentang lawatan ke Bintulu buat pertama kalinya adalah suatu pengalaman yang amat menarik. Bagi yang bercadang untuk ke Bintulu, bolehlah cuba menginap di Jinhold Apartment Hotel.

Sampai sini sahaja entri kali ini. Jumpa lagi😊.

Comments

  1. rindu nak ke Sarawak lagi..dah merangka nk jelajah Sarawak sebab hanya pernah ke Kuching jer..

    salam kenal dari www.umifuzy.com / follower ke 75 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam perkenalan, Kak Fuzy. Terima kasih sudi follow blog ni.

      Delete
  2. Tak pernah sampai lagi.. Hotel tu nampak menarik dengan kemudahan yang maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik hotelnya, Kak Sha. Macam-macam kemudahan ada.

      Delete
  3. belum pernah lagi ke sarawak, untuk masa terdekat pun tak ada. Tengok makanan dia jadi terliur lah hihi

    ReplyDelete
  4. apa yg best kat bintulu ek..ole2 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ole-ole tak de sangat sebab bukan kawasan pelancongan utama di Sarawak. Lebih kepada nature macam pantai dan Taman Tumbina (tumbuhan & haiwan).

      Delete

Post a Comment