Keinginan Untuk Makan Buttermilk Chicken Tercapai Dengan Hot Buttermilk Yana

Hai semua.
Perasan tak yang sebelum ni saya ada kongsikan resepi buttermilk chicken?. Ayam KFC pun saya masak buttermilk. Sebenarnya, sejak semester lepas lagi saya teringin nak makan buttermilk chicken. Syukurlah, keinginan untuk makan buttermilk chicken tu tercapai hari ni dengan Hot Buttermilk Yana. Jom saya kongsikan macam mana saya boleh terjumpa Hot Buttermilk Yana ni.

Kawan saya dan saya merupakan penggemar buttermilk chicken. Kebetulan ada kedai berdekatan universiti yang jual ayam tu. Tapi sejak semester lepas atau dua semester lepas, kedai tu asyik tutup je. Tak tahulah sebab apa. Agak kecewalah sebab susah nak cari makanan kegemaran kami di kawasan berdekatan dengan harga yang murah.

Apabila dah masuk tahun akhir pengajian dan ada lebih banyak komitmen untuk pelajaran, selera makan makin membuak-buak terutamanya masa tengah stress. Saya pun cubalah Google dan cari di Instagram tentang delivery buttermilk chicken di Melaka. Ada beberapa orang yang buat delivery tapi kebanyakannya sudah tak aktif berbulan-bulan di Instagram.

Kebetulan memang rezeki kamilah. Saya terjumpa satu akaun Instagram, @hotbuttermilk_yana yang akan sambung beroperasi pada 29 Julai 2019. Pagi-pagi lagi saya dah Whatsapp pemiliknya, Yana untuk tanya lebih lanjut. Memandangkan minimum order dua bekas, saya pun ajak kawan untuk order sama-sama.

Dalam pukul 1.50 petang macam tu, makanan pun sampai. Saya saja minta agar penghantaran dibuat lambat sikit sebab saya ada kelas. Jom tengok rupa buttermilk chicken yang saya tempah.

Dua bekas buttermilk chicken

Buttermilk chicken

Nampak macam kuantiti tak banyak sangat kan dalam gambar kat atas. Jadi, supaya nampak lebih menarik dan juga boleh nampak banyak mana sebenarnya ayam tu, saya pindahkan ke dalam pinggan.

Buttermilk chicken disertai keropok dan tomato ceri

Selain nasi dan buttermilk chicken, set nasi tersebut disertakan dengan salad, timun dan tomato. Keropok dan tomato ceri tu tak termasuk. Saya tambah sendiri je. Seperti biasalah, makanan dan masakan Jannah tak boleh lari daripada tomato ceri😂. Siapa yang memang follow blog ni dari mula mesti perasan.

Untuk pengetahuan, buttermilk chicken yang saya tempah tu ialah spicy buttermilk chicken. Dari segi rasa, memang sedap terutamanya kuah buttermilk tu. Rasa pedas ada pada ayam dan bukannya pada kuah tu. Jadi, memang sedap kalau letak kuah banyak-banyak😋. Kuantiti ayam pun banyak. Dalam gambar tu nampak ayam sikit je kan. Sebenarnya, ada lagi separuh dalam plastik. Tak muat nak letak semua dalam pinggan. Kalau boleh bagi kuah lebih, lagi best.

Dari segi harga, boleh kira murah dan berpatutan. Satu bekas tu RM 6. Cas penghantaran RM 3. Memandangkan kena order sekurang-kurangnya dua bekas, boleh order sama-sama dengan kawan. Apabila kongsi, kami bayar RM 7.50 je seorang. Kami memang rasa berbaloi bayar untuk makanan yang memang kena dengan tekak kami.

Secara keseluruhan, kami memang berpuas hati dengan makanan yang dibeli. Penjual pun friendly je. Kawan saya dan saya dah rancang nak repeat order lain kali. Akhirnya tercapai juga keinginan kami untuk makan buttermilk chicken yang murah dan menepati citarasa kami. Sesiapa yang tinggal di kawasan Melaka Tengah, boleh cuba delivery spicy buttermilk chicken daripada Yana ni. Boleh dapatkan maklumat lanjut di Instagram @hotbuttermlik_yana.

Comments

  1. suka !! antara fav.. tak rajin nak masak sendiri.
    best kalau boleh order cemni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah cari di Instagram atau FB, SYM. Mana tahu ada delivery buttermilk chicken berdekatan rumah SYM.

      Delete
  2. spicy buttermilk chicken? WOWW sounds sooo delicious and gooddd :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. So delicious😋. Memang nak repeat order nanti.

      Delete
  3. sedap..tp x pandai masak sendiri. kalo order gini, mmg boleh laa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah order atau masak sendiri, yang penting kita dapat makan makanan yang kita suka😆.

      Delete
  4. Sedapnya.. teringin juga nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba masak, Kak Sha. Kat blog saya pun ada resepi. Tak pun cari je penjual berdekatan yang buat delivery.

      Delete

Post a Comment