Sudah beberapa minggu saya teringin untuk makan buttermilk chicken. Namun, disebabkan kedai yang selalu saya kunjungi untuk membeli buttermilk chicken asyik tutup, saya harus melupakan hasrat tersebut. Akhirnya, setelah menunggu berminggu-minggu, saya meminta seseorang untuk memasakkan buttermilk chicken. Berikut merupakan resepi yang digunakan oleh beliau.
Bahan-bahan untuk ayam
2 ketul ayam-dipotong kecil
Tepung gandum-secukupnya
Lada hitam-secukupnya
Minyak masak-untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk kuah buttermilk
2 ulas bawang putih-dicincang
10 helai daun kari
Butter-kuantiti terpulang kepada masing-masing
3 biji cili padi-dihiris
Susu cair-kuantiti terpulang kepada masing-masing
Cara memasak ayam goreng
1. Masukkan tepung gandum dan serbuk lada hitam ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan. Sediakan satu lagi bekas untuk tepung gandum.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung dan tepung gandum yang tidak dibancuh.
Cara memasak kuah buttermilk

3. Goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Cara memasak kuah buttermilk
1. Panaskan kuali dengan api perlahan dan masukkan butter. Biarkan sehingga butter cair sepenuhnya.
2. Masukkan bawang putih, diikuti cilipadi dan daun kari. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan susu cair lalu kacau sehingga mendidih.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul sehingga semua isi ayam disaluti kuah buttermilk.
6. Angkat dan hidangkan.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul sehingga semua isi ayam disaluti kuah buttermilk.
6. Angkat dan hidangkan.
Buttermilk Chicken |
Sedapnya.. Walaupun agak renyah tapi bila dah siap, puas makan..
ReplyDeleteBetul tu. Walaupun penyediaannya mengambil masa, tapi puas hati bila makan.
Deletewahhhhh.. sedap ni :)
ReplyDeleteSedap👍
Deletesedap buat sendiri banyak boleh makan puas2..
ReplyDeleteBetul tu, SYM.
ReplyDeletewow terbaiklah buttermilk chicken 👍🏻
ReplyDelete