Dalam entri sebelum ini, saya sudah menceritakan tentang Muzium Sungai Lembing. Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi tempat untuk dilawati di Pahang, iaitu Gua Charas. Gua ini terletak agak dekat dengan Muzium Sungai Lembing. Anda akan melalui persimpangan ke Gua Charas terlebih dahulu sebelum sampai ke muzium tersebut.
Bagi yang ingin membawa anak kecil ke sini, pastikan anda memantau pergerakan anak anda. Perjalanan di dalam gua tersebut kurang mencabar tetapi perjalanan daripada kaki bukit untuk sampai ke pintu masuk gua agak mencabar. Tangganya boleh dikatakan agak curam. Memang tak boleh berlari-lari di atas tu.
Buat warga Pahang, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang ada di Pahang termasuklah Gua Charas. Memang cantik pemandangan dari atas untuk menangkap gambar. Siapa lagi yang akan memajukan industri pelancongan di Pahang kalau bukan rakyat Pahang sendiri.
Pemandangan Gua Charas dari jauh |
Alang-alang sudah sampai di Sungai Lembing, saya dan keluarga pun menggunakan peluang yang ada untuk melawat sebanyak tempat yang boleh. Untuk pengetahuan anda, terdapat cas bagi meletakkan kenderaan anda di sekitar Gua Charas. Cas yang dikenakan berbeza mengikut jenis kenderaan. Tapi jangan risau, casnya berpatutan, iaitu sekitar RM 2/RM3 bagi kereta.
Setelah meletakkan kenderaan, kami menaiki tangga dan membayar RM 2 setiap orang untuk mendaki bukit menuju ke gua yang terletak di atas bukit. Daki bukit menggunakan tangga saja bukan menggunakan trek pendakian.
Gua Charas |

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, tangga untuk sampai ke atas agak mencabar. Terasa letih untuk mendaki hingga boleh sampai ke gua. Mujurlah tangga berada dalam keadaan yang baik. Anda mungkin tertanya-tanya apakah yang menarik di Gua Charas.
Sebenarnya, di dalam gua Charas terdapat patung Sleeping Buddha yang selalu kita lihat di negara jiran, Thailand. Jika anda datang pada waktu tengah hari, anda akan dapat melihat cahaya matahari yang terpancar ke patung Buddha tersebut dari hujung kaki ke hujung kepala.
Disebabkan saya datang pada waktu petang, jadi tak berpeluanglah untuk melihat fenomena tersebut. Di dalam gua itu juga, terdapat upacara sembahyang dijalankan oleh penganut agama Hindu. Keadaan dalam gua itu memang gelap pada sebelah petang cuma bergantung kepada cahaya daripada lampu-lampu yang ada.
Sleeping Buddha di Gua Charas. |
Bagi yang ingin membawa anak kecil ke sini, pastikan anda memantau pergerakan anak anda. Perjalanan di dalam gua tersebut kurang mencabar tetapi perjalanan daripada kaki bukit untuk sampai ke pintu masuk gua agak mencabar. Tangganya boleh dikatakan agak curam. Memang tak boleh berlari-lari di atas tu.
Buat warga Pahang, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat yang ada di Pahang termasuklah Gua Charas. Memang cantik pemandangan dari atas untuk menangkap gambar. Siapa lagi yang akan memajukan industri pelancongan di Pahang kalau bukan rakyat Pahang sendiri.
nice.. orang pahang, tpi x tau ada gua ni..tau ada sg lembing je
ReplyDeleteSaya pun tak tahu sebelum ni. Kalau ayah tak bawa jalan-jalan ke sana, memang sampai sekarang tak tahu😅.
DeleteSy org pahang tp belum habis round pahang hehe
ReplyDeleteSamalah kita😂. Banyak lagi tempat di Pahang yang belum dikunjungi.
Deletenicee...boleh save masuk list ni
ReplyDeleteBoleh2. Banyak tempat menarik ada di Pahang tapi kita jarang dengar namanya dan tidak sepopular Cameron Higland & Genting Highland.
DeleteNice sharing, menarik tempatnya... Di Semenanjung akak pernah jejakkan kaki di KL dan Seremban je. Belum pernah sampai Pahang lagi.
ReplyDeleteLepas ni bolehlah letak dalam list tempat untuk dilawati, Kak Fiza🤗. Saya yang duduk Semenanjung pun tak habis lagi pusing Semenanjung😂.
Deletetak pernah pergi lagi.. dan kita pun baru tau tentang gua ni.. wahhhh menarikk
ReplyDeleteBoleh lah pergi lepas ni😊. Dekat juga dengan Muzium Sungai Lembing.
DeleteTak pernah sampai lagi sini.. Menarik juga guanya untuk diterokai..
ReplyDeleteBolehlah merancang lawatan ke Pahang lepas ni, Kak Sha. Memang menarik tapi kalau pergi ke sana masa cahaya matahari memancar ke dalam gua mesti lagi best.
DeleteNampak menarik ni...boleh la masukkan dalam wishlist
ReplyDeleteMenarik. Boleh masukkan dalam list tempat untuk dilawati.
Delete