MERDEKA CHALLENGE TWJ 2019: Loghat Pahang Part 1

Setiap negeri mempunyai loghat masing-masing. Loghat utara, Kelatan dan Terengganu adalah loghat yang biasa kita dengari dan sering digunakan dalam drama-drama tempatan. Namun, jarang sekali kita mendengar loghat negeri Pahang sama ada dalam perbualan harian atau di kaca televisyen. Hal ini kerana orang Pahang bijak menyembunyikan loghat mereka. Kebiasaannya mereka akan menggunakan loghat Pahang apabila berbual dengan orang Pahang sahaja. Ketika bercakap dengan orang daripada negeri lain, secara automatiknya orang Pahang akan bertutur dalam Bahasa Melayu standard tanpa ada bunyi Pahang.

Loghat Pahang bagi setiap daerah juga berbeza. Jika loghat Pahang yang digunakan sangat pekat, agak susah untuk difahami bagi mereka yang tidak biasa menggunakan loghat Pahang. Kebiasaannya warga tua menggunakan loghat Pahang yang sangat pekat, begitu juga dengan yang tinggal di kawasan kampung berbanding dengan anak muda yang banyak bergaul dengan orang luar. Terdapat juga loghat Pahang yang agak sama dengan loghat negeri Pantai Timur yang lain. Jadi, moh kita belajor loghat Pahang.

Kawan/koi/kas
Digunakan sebagai kata ganti diri pertama.
Maksud: aku/saya/I.
Contoh: Koi anok Pahang.

Aok, awok
Digunakan sebagai kata ganti diri kedua.
Maksud: kau/kamu/anda/you.
Contoh: Aok dah makan ke?

Bak
Maksud: meminta sesuatu/beri
Contoh: Bak buku tu.

Bela
Cara sebutannya tidak sama seperti perkataan bela yang bermaksud mempertahankan seseorang di mahkamah.
Maksud: baiki/repair
Contoh: Tolong bela sinki yang bocor tu.

Cakner
Kadang-kadang cikgu guna perkataan ni bila pelajar buat kerja sambil lewa dan tidak ambil kisah dengan apa yang mereka katakan.
Maksud: ambil kisah/peduli/concern
Contoh: Ce cakner sikit tentang kerja rumah.

Dan
Dalam Bahasa Melayu standard , dan digunakan sebagai kata hubung dalam ayat.
Maksud: sempat
Contoh: Dan ke aok nok ke majlis restu ilmu tu?

Doh
Maksud: sudah
Contoh: Doh hantor ke kad jemputan kahwin aok ke orang kampung?

Gobok
Maksud: rak/almari
Contoh: Siti, ce awok ambil gula dalam gobok tu.

Gebor
Maksud: selimut/blanket
Contoh: Koi beli gebor ni kat Kuantan.

Godei
Maksud: kacau air/dodol
Contoh: Ce aok godei sup tu. Mok nok ke tandas jap.

Jabir
Maksud: Beg plastik
Contoh: Mana jabir yang kawan bawak tadi?

Motong
Maksud: menoreh getah
Contoh: Mok aok gi motong ke hari ni?

Nok
Maksud: nak/hendak/want
Contoh: Awok nok ke rumah Farah ke dok petang ni?

Maaf jika anda sebarang kesilapan. Kalau ada informasi yang kurang tepat atau anda ada informasi tambahan, boleh nyatakan di ruangan komen. Saya pun masih belajar untuk memperbaiki loghat Pahang saya. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Comments

  1. Pertama kali, terima kasih share loghat negeri Pahang. Sememang Naim tak tahu langsung. hehe. Ini satu ilmu yang baru bagi Naim. hehe

    ReplyDelete
  2. Gobok dengan gebor tu sama dengan loghat Johor/melaka kalau tak silap Sha.. sebab belah arwah mak dan abah Sha guna dua perkataan ini.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, tak tahu pula Johor/Melaka pun ada guna perkataan tu. Pengetahuan baru ni😁.

      Delete

Post a Comment