Resepi Ayam Black Pepper

Hai semua. Setelah sekian saya menyepikan diri dari dunia masakan, hari ini saya kembali dengan satu resepi baru, iaitu ayam black pepper. Secara kebetulan saya ternampak sos black pepper masa ke Mydin, jadi saya pun belilah. Padahal tak tahu bila sos tu akan digunakan😂.

Akhirnya, saya berkesempatan untuk memasak pada hujung minggu. Selalunya saya akan gunakan halia apabila masak ayam tapi memandangkan halia dah habis, saya tak letak lah halia untuk resepi ini. Kalau ada halia di rumah, bolehlah gunakan. Jadi, jom kita lihat resepi untuk ayam black pepper ini.

Bahan-bahan untuk ayam 
2 filet ayam-dipotong kecil
Sos lada hitam Life (nak guna jenama lain pun boleh)
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1 biji bawah merah-ditumbuk
1 biji bawang besar-dihiris
Halia-ditumbuk
Kicap pekat-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Hiasan
4 biji tomato ceri-dipotong dua
1 helai daun salad

Cara memasak
1. Perap filet ayam dengan 2 sudu sos lada hitam sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.

3. Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau seketika.

4. Masukkan 2 sudu sos lada hitam dan kacau sehingga sebati. 

5. Masukkan kicap pekat. Kacau lalu masukkan bawang besar. 

6. Apabila bawang besar sudah layu, tutup api. 

7. Hidangkan ayam black pepper yang sudah siap dimasak. 

Ayam Black Pepper

Ini sebenarnya cubaan pertama kali untuk saya masak ayam black pepper. Tak sangka menjadi rupanya. Dari segi rasa, memang sedap dan rasa nak masak lagi lepas ni. Tapi kalau guna sos lada hitam yang lain, saya tak pastilah rasanya macam mana. 

Selamat mencuba.

Baca resepi ayam yang lain:

Resepi Buttermilk Chicken
Resepi ayam goreng Korea

Comments

  1. apa2 yg dimasak menggunakan black pepper adalaj kesukaan ammi. kalau tumbuk sikit dgn black pepper biji pun sedap jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba letak black pepper yang ditumbuk lepas ni. Thanks for sharing, Kak Sheila😊.

      Delete
  2. Nampak sedap! Ada ja sos lada hitam dalam peti ais cheq ni, boleh la cheq nak cuba resepi JR ni nanti 😋

    ReplyDelete
  3. Apesal.nmpak sedap.sgt Ni terasa nak buat plk mlm2 ni

    ReplyDelete
  4. dah lama tak makan ayam black pepper, boleh masak lepas ni guna resipi Jannaj pulak hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik hiasan ayam black pepper tu..senang kan nk masak ayam black pepper ni..mkn dgn nasi panas..wahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,JM. Tak adalah susah sangat nak masak ayam black pepper.

      Delete
  6. sedap nyaaa.. kalau makan dengan nasi panas, memang x pandang depan belakang la ni :-)

    ReplyDelete
  7. Rajin Jannah buat platting.. Masakan jadi cantik dan sedap dimakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sempat dan memang plan nak update di blog atau IG, saya rajinlah buat platting.

      Delete
  8. wah siap ada hiasan tomato lagi tu. sedap nampak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan saya selalunya memang ada hiasan tomato ceri🤣.

      Delete

Post a Comment