Review KFC Cheezy Rice Bowl

Baru-baru ini, KFC telah menawarkan menu baru, iaitu KFC Cheezy Rice Bowl. Tidak pasti pula bila KFC mula keluarkan menu tersebut. Sebelum ni tak pernah nampak pun KFC Cheezy Rice Bowl ni.

Disebabkan saya merupakan peminat cheese  KFC, jadi saya pun mengambil keputusan untuk mencubanya. Kalau tak silap, harganya RM 4.90. Dah lama beli sebab tu tak berapa ingat harganya😂. Sesiapa yang tahu, tolong kongsikan di ruangan komen ya.

KFC Cheezy Rice Bowl ni terdiri daripada nasi Colonel KFC, ayam zinger dan keju cheezy wedges. Dari segi kuantiti, biasa sahaja. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit. Bagi yang dah biasa makan banyak ataupun yang terlalu lapar, mungkin satu hidangan KFC Cheezy Rice Bowl ni tidak mencukupi untuk anda.


Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, begitulah rupa KFC Cheezy Rice Bowl. Pada pendapat saya, rasanya biasa-biasa sahaja apabila nasi KFC digabungkan dengan cheese tersebut. Lagi sedap kalau nasi tersebut dimakan dengan ayam goreng KFC seperti biasa.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Cheezy Rice Bowl:
Rasa- 3.8
Rupa-3.8
Kuantiti-3.8
Harga-4.0
Jumlah: 3.9 daripada 5 bintang

Sejujurnya, KFC Cheezy Rice Bowl tidak begitu kena dengan selera saya. Mungkin saya tidak akan repeat order dah. Tapi kalau orang belanja, saya akan makan je.

Sampai sini sahaja review kali ini. Nantikan review yang lain.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Saya suka KFC Loaded Bowl. Rasanya betul nama tu. Yang bawah semua mashed potato.. Favourite. Tak perasan pula ada menu baru yang nasi. Teringin pula makan waktu-waktu RMO ni. Haha

    ReplyDelete
  2. Cheq belum cuba lagi yang ni. Habis tempoh RMO ni nanti bolehlah nak pi beli. Foodpanda tak boleh nak hantaq kepci ke rumah cheq, di luar kawasan delivery......huhu sedih 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, CS. Boleh cuba lepas ni. Saya pun dah lama tak ke KFC.

      Delete
  3. this use to be my favourite but now i gotta stop eating kfc because i've been eating too much kfc before this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good effort for a healthier lifestyle. We can eat fast food but in moderate amount.

      Delete
  4. Nampaknsedap tapi Kalau makan byk2 muak juga ni

    ReplyDelete
  5. sejak last year rasanya tak makan KFC.. nak p tapi asyik tunda2.
    hehe takpa sabar sabar.. habi MCO kita pi serbu..

    ReplyDelete

Post a Comment