Review KFC Spicy Gochujang Crunch Malaysia

KFC Malaysia telah memperkenalkan KFC Spicy Gochujang Crunch pada minggu lalu. Ini merupakan set ayam goreng yang ditawarkan oleh KFC setelah mereka mengeluarkan KFC Crispy Tenders Dunk and Dip. Sebenarnya,  Gochujang merupakan pes cili Korea.




KFC Spicy Gochujang Crunch

Harga untuk Spicy Gochujang Crunch ini ialah RM 14.50 bagi set dengan dua ketul ayam (boleh pilih sama ada nak ayam original  atau spicy). Selain itu, anda juga boleh dapatkan set ini dengan tiga ketul ayam tetapi harganya adalah RM 19.50. Dari segi harga, saya rasa berpatutan dengan kuantiti makanan yang diberikan. Harganya lebih kurang harga Snack Plate  dan Dinner Plate Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

Spicy Gochujang Crunch:
Rasa- 4.0
Kuantiti-4.5
Harga-4.3
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Ayam goreng yang digunakan dalam set ini hanyalah ayam goreng biasa macam yang terdapat dalam hidangan KFC yang lain. Yang berbeza hanyalah sos yang disediakan iaitu Spicy Honey Gochujang dan air Tropicana Tropical. Walaupun Gochujang merupakan pes cili Korea, tapi kepedasan sos tersebut tak terasa sangat. Air Tropicana Tropical pula saya rasakan adalah antara air yang tersedap yang disertakan bersama set ayam goreng KFC. Set ini juga didatangkan sekali dengan coleslaw dan whipped potato. 2 daripada 3 orang yang mencuba hidangan ini bersama saya menyukai sos Spicy Honey Gochujang.

Reviewer bersama


*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Baca review KFC yang lain:
Review KFC Value Bowls

Baca resepi ayam Korea:
Resepi Ayam Korea

Comments

  1. myra pun rasa so-so je actually. rasa suka lagi kalau pedas sikit.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Sos gochujang tak sedap. X sesuai dgn rs rempah tepung grg kfc + memualkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya oklah cuma tak de wow factor dalam sos tu.

      Delete
  3. Wahhh..sudap...lapar pula...

    ReplyDelete
  4. tak rasa pon...huhu...bestnya kalau dpt try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu diaorang keluarkan semulalah sebab yang ni limited time je.

      Delete

Post a Comment