Review KFC Loaded Potato Bowl

Antara menu yang agak murah di KFC ialah KFC Bowl. Sebelum ni saya sudah membuat review bagi tiga KFC Bowl. Kini, sampailah giliran KFC Loaded Potato Bowl untuk direview.

Untuk pengetahuan semua, KFC Loaded Potato Bowl ni antara menu kegemaran saya di KFC. Bukan pertama kali beli tapi pertama kali nak tulis review di blog. Saya beli dua bulan lepas dan seperti biasa baru berkesempatan untuk tulis review sekarang.

Kalau tak silap saya, dulu harganya RM 6.50 tapi rasanya sudah dinaikkan ke RM 6.90. Sesiapa yang tahu tolong kongsikan di ruangan komen ya. Namun, masih berbaloi untuk dibeli.

KFC Loaded Potato Bowl terdiri daripada kentang putar, jagung, ayam zinger dan sos cheezy wedges. Kuantitinya berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kebetulan semasa saya beli kali ni kuantitinya lebih banyak sampai tak nampak kentang putar. Memang kenyang kalau makanan KFC Loaded Potato Bowl ni.

KFC Loaded Potato Bowl

Dari segi rasa, memang sedap sebab tu berkali-kali saya beli. Kadang-kadang saya tambahkan coleslaw sebab hidangan ni tidak disertakan dengan sayur.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Loaded Potato Bowl:
Rasa- 5.0
Rupa-4.5
Kuantiti-4.8
Harga-4.5
Jumlah: 4.7 daripada 5 bintang

KFC Loaded Potato Bowl ni memang antara menu KFC yang saya repeat order. Nasib baik menu ni merupakan menu tetap. Jadi, tak perlu risau kalau belum berkesempatan untuk cuba lagi. Namun, kena bersedia untuk menunggu lebih lama kadang-kadang kerana mereka hanya akan sediakan apabila kita membuat pesanan.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. My favorite ni!! Suka gaul sekali dengan coleslaw hihi.. harga murah dan sedap. Kentanggg

    ReplyDelete
  2. sama la, amar pun suka jgk makan loaded potato bowl tapi paling sedih bila pergi kfc tapi benda ni habis/takde T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kecewa kalau plan nak beli tapi takde pula.

      Delete
  3. A selalu gak.order ni.. sedap murah Dan kenyang

    ReplyDelete
  4. feveret anak2 kak ana ni Jannah )

    ReplyDelete
  5. Cheq belum pernah order lagi yang ni, nanti bila dah habis tempoh RMO ni cheq nak serbu kepci pastu nak order macam2....😂🤣

    ReplyDelete
  6. Tak berapa suka yang ini.. cepat muak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang kurang minat gabungan kentang putar & cheese akan cepat rasa muak😅.

      Delete
  7. tak try lagi ni. nextime kot nak try juga.

    ReplyDelete
  8. anak2 belum pernah order yang ni.
    we all selalu makan di rumah je. n yang diorder just ayam. coleslaw n mashed potato.
    nanti boleh gak suruh diarang belikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh. Saya kenal dengan menu ni pun masa keluar dengan kawan di universiti.

      Delete
  9. one of my fav juga ni kalo grab on the go senang. kenyang and murah..

    ReplyDelete

Post a Comment