Resepi Pucuk Paku Goreng Kicap

Hai semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi resepi untuk pucuk paku. Resepinya ialah pucuk paku goreng kicap.

Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak. Garam pun tak perlu sebab ikan bilis dah ada rasa masin. Tapi kalau rasa tak cukup masin, tambahkanlah garam. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Pucuk paku
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 sudu ikan bilis tumbuk
Garam-secukupnya (kalau tak cukup masin)
Kicap manis-secukupnya
Air-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.

2. Setelah bahan tumis garing, masukkan pucuk paku dan kacau.

3. Apabila pucuk paku sudah layu, masukkan kicap manis lalu kacau.

4. Tambahkan garam dan kacau (kalau tak cukup masin). Hidangkan pucuk paku yang sudah siap dimasak.

Pucuk Paku Goreng Kicap

Sekian sahaja entri untuk kali ini. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment