Hai semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi resepi baru di blog ini. Entri hari ini adalah untuk resepi pucuk paku masak lemak.
Resepi ni tak memerlukan banyak bahan tetapi memerlukan kita sentiasa berada berdekatan periuk sebab kuahnya perlu sentiasa dikacau. Dalam resepi ni, saya tak gunakan ikan bilis pun. Tapi kalau anda nak tambah ikan bilis pun boleh. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
Pucuk paku
1 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 biji lada-dihiris
Garam-secukupnya
Santan-secukupnya (ikut tahap kepekatan yang diiginkan)
Air-secukupnya
Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali pucuk paku dan garam ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga sebati.
Sebenarnya ini merupakan percubaan pertama saya untuk masakan ni. Nampak macam menjadi. Sesiapa yang ada resepi lain untuk pucuk paku, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

3. Hidupkan api dan biarkan sehingga kuah mendidih. Pastikan sentiasa kacau kuahnya semasa api dihidupkan sehingga api ditutup.
4. Masukkan pucuk paku lalu kacau. Tambahkan garam dan kacau.
5. Apabila pucuk paku sudah masak, tutup api dan hidangkan.
Pucuk Paku Masak Lemak |
Sebenarnya ini merupakan percubaan pertama saya untuk masakan ni. Nampak macam menjadi. Sesiapa yang ada resepi lain untuk pucuk paku, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Baca resepi yang lain:
Sedapnya pucuk paku masak lemak
ReplyDeleteMemang sedap pucuk paku masak lemak, WP😁.
Deletesaya suka tumis campur cili bawang belacan.
ReplyDeleteSedap juga kalau letak cili.
DeleteSedap ini.. Makan lak ngan sambal tumis atau ikan goreng.. Pergh!!
ReplyDeleteBetul tu😁.
Delete