Resepi Petola Tumis Air

Hai semua. Selamat kembali ke sesi berkongsi resepi di blog The Wonderful Jannah. Resepi yang akan saya kongsikan pada hari ini ialah petola tumis air.

Petola tumis air ni adalah salah satu resepi yang mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama. Memandangkan ramai yang sudah kembali bekerja sekarang, mungkin masa untuk memasak sudah semakin terhad tidak seperti awal PKP dulu. Jadi, resepi ini memang sesuai untuk anda. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
3 biji petola-dibuang kulit dan dipotong
3 ulas bawang putih-diketuk
6 biji bebola ikan-dipotong dua
6 tauhu pok-dipotong dua
Air-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga garing.

2. Masukkan bebola ikan. Kacau buat seketika.

3. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.

4. Masukkan petola lalu kacau.

5. Masukkan tauhu pok, kacau dan biarkan seketika.

6. Masukkan garam dan kacau seketika.

7. Hidangkan petola yang sudah siap dimasak.

Petola Tumis Air


Jika anda ada resepi yang lain untuk petola, dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. simple dan sedap! baru perasaan lama tak dah tak makan petola.
    petola tu if dah tua, keringkan, buat usap badan masa mandi.

    ReplyDelete
  2. Mak Hans suka sayur petola air nih

    ReplyDelete
  3. dulu time kicik2 x reti makan petola.. skrng da pandai dah hhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

      Delete
  4. Cheq pun suka makan sayoq petola ayaq macam ni πŸ˜‹

    ReplyDelete
  5. Saya suka menu simple begini.
    Ada sambal sikit dah cukup.

    ReplyDelete
  6. Sedap Ni makanndgn Sambal tumis

    ReplyDelete
  7. Kalau lauk macam ini, akak makan kuah dia je.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment