Resepi Sup Sayur Campur

Hai semua. Rasanya sekarang ni ramai wanita yang dah kehabisan idea nak masak apa. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan resepi sup sayur campur.

Kali ni ada sedikit kelainan sebab dalam satu resepi ada tiga jenis sayur. Selalunya saya goreng je sayur tapi hari ni masak sup pula. Sesuai lah untuk sesiapa yang nak diet. Jom baca resepinya.

Bahan-bahan
Lobak merah
Brokoli
Saderi
3 ulas bawang putih-diketuk
6 biji bebola ikan-dipotong dua
Air-secukupnya(bergantung kepada berapa banyak kuah yang anda mahu)
Garam-secukupnya
Serbuk lada hitam (yang tiada bahan perasa)-secukupnya
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih.

2. Apabila bawang putih sudah garing, masukkan bebola ikan.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Masukkan lobak merah dan biarkan seketika (kena masuk lobak merah dulu sebab teksturnya lebih keras).

5. Masukkan brokoli dan saderi lalu kacau.

6. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.

Sup Sayur Campur

Serbuk lada hitam tu tak wajib. Kalau tak nak letak pun tak apa. Saya gunakan serbuk lada hitam yang tiada MSG dalam resepi ni sebab itu saya letakkan garam. Kalau anda gunakan serbuk lada hitam yang ada MSG, tak perlu letak garam dah. Takut terlebih masin pula nanti😂.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. memang time2 xdak idea ni sup solution terbaik
    hari tu ada ayam beberapa ketul kecil2.. tatau da nak masak apa..
    cakap ngan mak sup jela.. letak kentang sayur campak2 da hehe..

    ReplyDelete
  2. sedap sup sayur Jannah.. Kalau akak buat memang tak suka letak saderi.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa suka sangat saderi😅. Mak saya suka makan saderi.

      Delete
  3. Sayur feveret mama.. jemput join segment resepi mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, mamapp. Nanti saya buat entri untuk segmen tu.

      Delete
  4. Insha Allah nanti di cuba resipi ni ya

    ReplyDelete
  5. Sup ni kalau dimakan dengan oatmeal pun sedap ni 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya tak pernah try lagi makan dengan oatmeal. Tak tahu macam mana rasanya.

      Delete
  6. sedap nya Jannah masak. Kak Pip suka sayur campur, sup atau tumis, memang happy tummy kalau dapat makan.

    ReplyDelete
  7. Ada brololi Kat umah nk try la

    ReplyDelete
  8. Sup sayur lah menu yang selalu jadi pilihan bila dah ketandusan idea tak tahu nak masak apa. Simple pun simple

    ReplyDelete

Post a Comment