Resepi Tom Yam Bebola Sayur

Rasanya sudah lama saya tidak berkongsi resepi di blog ini. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi satu resepi yang berkaitan dengan tom yam. Biasanya orang masak tom yam ayam atau tom yam seafood, tapi resepi tom yam saya adalah tom yam bebola sayur. Resepi ini saya peroleh kerana saya suka membuat eksperimen untuk mencari resepi baru.

Hidangan hari ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk disediakan dan bahan yang diperlukan juga mudah didapati.  Untuk yang baru belajar memasak, boleh cuba resepi ini. Mari kita lihat bagaimana hendak menyediakan hidangan ini.

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih-diketuk
1 batang serai-diketuk
4 bebola sayur cap Cendawan-dipotong dua
1 sudu pes tom yam Adabi (boleh tambah lagi kalau rasa tak cukup)
1 biji bawang besar-dihiris
6 biji tomato ceri-dipotong dua(boleh gantikan dengan tomato besar)
Air-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Masukkan bawang putih, serai, pes tom yam dan air ke dalam kuali.

2. Hidupkan api dan tunggu sehingga mendidih.

3. Masukkan bebola sayur dan kacau lalu biarkan seketika.

4. Masukkan bawang besar dan kacau seketika.

5. Hidangkan tom yam yang sudah siap dimasak dan hiaskan dengan tomato ceri (boleh masukkan tomato ceri ketika tom yam masih dalam kuali kalau tak suka makan yang mentah).

Tom Yam Bebola Sayur
*Saya tidak gunakan garam untuk hidangan ini kerana pes tom yam sudah mempunyai rasa masin.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Haritu pun masak guna pes tomyam tak tambah garam sebab pes tu dh secukup rasa kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, dah cukup masin pes tom yam tu. Saya memang tak letak garam kalau guna pes tom yam.

      Delete
  2. Wah , simple mcm ni kak pip suka..senang nak masak..

    ReplyDelete
  3. sedap dan berkhasiat :)

    saya follow sini http://eyma0913.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow blog ni. Saya akan membuat kunjungan balas ke blog Eyma😊

      Delete
  4. Cicah dengan biskut cream crackers pun layan nii..😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi cicah dengan biskut cream crackers😂

      Delete
  5. Kreatif betul Jannah.. Suka akak tengok resepi resepi yang jannah kongsikan..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kalau dah terliur tu, boleh lah cuba masak, Kak Shu😂

      Delete

Post a Comment