EXPERIENCE: Belajar Bertutur Bahasa Inggeris Sehingga Fasih Part 2

Hai semua. Entri ini adalah perkongsian tentang pengalaman saya belajar bertutur bahasa Inggeris sehingga fasih. Bagi yang belum baca Part 1, anda boleh membacanya terlebih dahulu.

Sebenarnya, tips dalam Part 1 lebih kepada cara untuk kita mendapatkan keyakinan untuk mula belajar bertutur bahasa Inggeris. Untuk memperbaiki tahap kefasihan berbahasa Inggeris dan menambah kosa kata (vocabulary), anda boleh baca perkongsian saya dalam entri ini.

Jom kita mulakan.

Setelah anda berjaya bertutur bahasa Inggeris dengan ayat-ayat yang mudah, cuba beralih kepada ayat-ayat yang lebih kompleks. Contohnya, wujudkan tempoh perbualan yang lebih panjang. Apabila seseorang menjawab pertanyaan anda, cuba memberi respon terhadap jawapannya.

Selain itu, gunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian. Hal ini amat penting untuk membiasakan diri anda dan memperbaiki kefasihan. Cuba cari seseorang yang ingin berbual dalam bahasa Inggeris dengan anda. Bagi saya, saya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan rakan-rakan di universiti sama ada di dalam kampus ataupun di luar kampus.

Bagi menambah kosa kata pula, saya membaca akhbar berbahasa Inggeris dan artikel bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Kalau anda nak mulakan dengan buku contoh karangan bahasa Inggeris SPM pun boleh. 

Di samping itu, saya juga gunakan bahasa Inggeris untuk peranti seperti telefon bimbit dan komputer riba. Apabila sudah terbiasa dengan terma bahasa Inggeris, kita akan berasa lebih selesa untuk menggunakan bahasa Inggeris sebenarnya.

Cara lain yang saya rasakan berkesan adalah blogging. Untuk menulis satu entri bahasa Inggeris, saya harus mencari kosa kata yang sesuai. Ketika blogwalking ke blog orang lain pula, saya dapat melihat cara penulisan mereka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk usaha anda belajar bahasa Inggeris. Jangan pernah berputus asa walaupun anda masih belum melihat hasil yang diinginkan. Sekian sahaja perkongsian untuk part 2. Jumpa lagi dalam perkongsian seterusnya.

Comments

  1. nice tips.. yang penting kena always try dan dont give up.
    jangan takut buat salah sebab itula process belajar..

    ReplyDelete
  2. bagus tips yang dikongsikan Jannah ni..

    ReplyDelete

Post a Comment