EXPERIENCE: Pertama Kali Cuba Masak Nasi Ayam

Hai semua. Kembali lagi dalam siri Experience. Setelah percubaan pertama kali untuk memasak nasi kerabu berjaya, saya membuat percubaan untuk memasak nasi ayam pula. 

Nasi ayam ada beberapa elemen, iaitu nasi, ayam, salad, tomato, timun, sup dan sambal. Untuk ayam, saya dan keluarga sediakan ayam rebus. Untuk masak nasi pula, kami gunakan beras, bawang putih, kicap masin dan air rebusan ayam. Lebihan air rebusan ayam pula digunakan untuk masak sup nasi ayam.

Sebenarnya, tak ada sambutan istimewa pun. Tiba-tiba ada yang teringin nak makan nasi ayam. Maka, terhasillah nasi ayam seperti dalam gambar di bawah.

Nasi Ayam

Kalau kita lihat dalam gambar di atas, semua elemen ada kecuali sambal. Mungkin lain kali boleh buat sambal untuk nasi ayam pula. Tapi kena cari resepi sambal nasi ayam dulu. Sesiapa yang ada resepi sambal nasi ayam yang sedap, bolehlah komen di bawah nanti.

 Macam mana pula nasi ayam versi anda? Dipersilakan untuk kongsi di ruangan komen. 

Nampaknya percubaan untuk memasak nasi ayam berjaya. Nantikan percubaan untuk masak makanan lain pula. Jumpa lagi dalam entri akan datang. 

Comments

  1. Cantik sudah tu kejadian nasi ayamnya. Hanya tambah kicap dan sambal saja. Good try!

    ReplyDelete
  2. LH tak pandai buat nasi ayam tapi selalu tolong mama di dapur. Yang LH tau air rebusan ayam tu pun digunakan untuk masak nasi juga dan buat sambal juga. Blend bahan-bahan tumis pun guna air rebusan ayam tu juga. Mama kalau buat nasi ayam ni katanya hari malas dia masak ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  3. Wahhh, sedap ni. Dah lama tak masak nasi ayam sendiri. Selalu beli jer. Hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap..jadi dah tu..akak nyer nasi ayam version ayam tu mesti nak steamkan...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. kalau xde sambal makan dgn sos pun boleh..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya cheq tengok....rasa terlioq nak makan nasi ayam tengah-tengah malam ni, bahaya! ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  7. Saya suka nasi ayam. Nampak sedap makan dengan sos dan sup :)

    ReplyDelete

Post a Comment