Hai semua. Kembali lagi dalam siri Experience di blog The Wonderful Jannah. Biasanya siri ni dalam bahasa Inggeris. Sekali-sekala kita tukar ke bahasa Melayu. Untuk entri kali ni, saya akan kongsikan pengalaman memasak nasi kerabu buat pertama kali.
Sebagai orang Pantai Timur, memang saya sudah terbiasa makan nasi kerabu. Boleh dikatakan nasi kerabu ni salah satu makanan kegemaran. Tapi disebabkan situasi semasa yang tidak mengizinkan untuk beli nasi kerabu di luar dan kebetulan ada bunga telang di rumah, maka masak sendirilah apabila nak makan nasi kerabu. Pertama kali, saya dan keluarga memasak nasi kerabu. Resepi pun ikut suka je. Lepas cari resepi, kami pun ubah ikut citarasa dan ikut bahan yang ada di rumah.
Untuk nasi kerabu ni, warna biru sebenarnya datang daripada air rebusan bunga telang tu. Masa masak nasi tu, air rebusan bunga telang digunakan. Cara memasak macam nasi putih cuma bezanya dari segi air yang digunakan. Jom kita lihat hasilnya sebelum saya cerita lebih lanjut.
Bagi versi nasi kerabu kami, ada beberapa elemen, iaitu nasi, ayam berempah, sambal kelapa, telur masin, ulam, keropok, budu dan sambal. Sebenarnya, sambal tu sambal nasi ayam tapi saya panaskan untuk makan dengan nasi kerabu. Sedap juga apabila dimakan dengan nasi kerabu.
Untuk ulam tu, kami campurkan kacang panjang, kubis, bawang besar dan timun. Kalau ada ulam lain seperti bunga kantan, daun kesum dan taugeh, boleh je tambahkan. Bagi yang nak resepi ayam berempah dan sambal kelapa, nanti saya kongsikan di blog ni.
Walaupun baru pertama kali memasak nasi kerabu, nampaknya menjadi. Kalau teringin nak makan nasi kerabu, bolehlah masak sendiri lepas ni. Pada pendapat saya, masak nasi kerabu ni tidaklah terlalu susah berbanding dengan nasi dagang dan nasi minyak kerana setiap elemen agak mudah untuk disediakan. Namun, nasi kerabu ni banyak elemen. Ada elemen wajib dan elemen tambahan. Makin banyak elemen yang nak disertakan, makin lamalah masa untuk menyediakannya.
Untuk nasi kerabu ni, warna biru sebenarnya datang daripada air rebusan bunga telang tu. Masa masak nasi tu, air rebusan bunga telang digunakan. Cara memasak macam nasi putih cuma bezanya dari segi air yang digunakan. Jom kita lihat hasilnya sebelum saya cerita lebih lanjut.
Hidangan nasi kerabu |
Untuk ulam tu, kami campurkan kacang panjang, kubis, bawang besar dan timun. Kalau ada ulam lain seperti bunga kantan, daun kesum dan taugeh, boleh je tambahkan. Bagi yang nak resepi ayam berempah dan sambal kelapa, nanti saya kongsikan di blog ni.
Nasi Kerabu |
Walaupun baru pertama kali memasak nasi kerabu, nampaknya menjadi. Kalau teringin nak makan nasi kerabu, bolehlah masak sendiri lepas ni. Pada pendapat saya, masak nasi kerabu ni tidaklah terlalu susah berbanding dengan nasi dagang dan nasi minyak kerana setiap elemen agak mudah untuk disediakan. Namun, nasi kerabu ni banyak elemen. Ada elemen wajib dan elemen tambahan. Makin banyak elemen yang nak disertakan, makin lamalah masa untuk menyediakannya.
Ada tak yang suka makan nasi kerabu juga? Kalau suka, apakah elemen yang mesti ada apabila anda makan nasi kerabu? Jangan lupa jawab dalam ruangan komen. Untuk saya, ulam, sambal kelapa dan salah satu antara telur masin, ayam berempah dan keropok mesti ada barulah lengkap nasi kerabu tu.
Jumpa lagi dalam entri akan datang.
good job Jannah. Ammi yang dah banyak umur ni pun belum pernah cuba lagi walaupun suka sangat makan nasi kerabu. Pembakar semangat betullah jannah ni
ReplyDeleteThank you, kak. Disebabkan keadaan sekarang ni, kenalah belajar untuk masak sendiri menu kegemaran kat rumah😅. Selalunya saya beli je😂.
DeleteTerbaik Jannah. Semoga resipi menjadi kegemaran untuk masak kelak.. hehe
ReplyDeleteWow fiza pun belum pernah cuba buat lagi nasi kerabu. Teringin nak buat.
ReplyDeleteBolehlah cuba memasak nasi kerabu juga nanti😁.
Deletebestnya !! sedap nampak.. nasi kerabu ni bukan fevret tapi kadang2 tu mmg trasa2 nak makan. cayaaaalah dia berjaya buat first time =)
ReplyDeleteAtas bantuan google, mak dan adik. Try & error je ni😂.
Deletewalaupun saya org melaka,saya suka nasi kerabu...benda penting yg perlu ad dlm nasi tu...budu..of kos la..keropok...telur masin..hah..baru umppp!
ReplyDeleteBetul tu😊.
DeleteWah.. terror Jannah masak nasi kerabu..
ReplyDeleteKak Sha pun suka makan.. Masak tak pernah cuba lagi.. hehehe
Biasa-biasa je, Kak Sha. Pertama kali cuba masak nasi kerabu ni.
Delete