EXPERIENCE: Pertama Kali Cuba Masak Nasi Lemak

Hai semua. Ini adalah entri ketiga untuk percubaan pertama kali memasak sesuatu. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman memasak nasi lemak buat pertama kali.

Nasi lemak ni boleh dikatakan sebagai makanan kebangsaan Malaysia. Hal ini kerana, makanan ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat berbilang kaum tetapi popular juga dalam kalangan pelancong. Salah satu menu wajib jika pelancong berkunjung ke Malaysia.

Sebenarnya, ada banyak versi nasi lemak. Kalau nasi lemak yang klasik, ada nasi, telur rebus, timun, ikan bilis dan sambal. Biasanya, nasi lemak akan dibungkus dengan daun pisang.

Namun, sekarang ni dah banyak pengubahsuaian terhadap nasi lemak. Ada yang hidangkan dengan telur mata kerbau, ada yang hidangkan dengan ayam goreng dan sebagainya. 

Jom kita lihat nasi lemak versi keluarga Jannah. Untuk telur, kami sediakan telur mata kerbau dan telur rebus. 

Nasi Lemak

Kalau kita lihat dalam gambar di atas, semua elemen lengkap. Tak adalah susah sangat nak masak nasi lemak cuma perlukan masa yang lama sebab banyak elemen kena disediakan. Sambal dan kacang tu yang paling mengambil masa yang lama. 

Sekarang ni susah nak jumpa nasi lemak yang lengkap dengan semua elemen dan harga murah. Jadi, kalau masak sendiri, dapatlah ikut citarasa sendiri. Tapi kalau kesuntukan masa, beli jelah sambil kita membantu mereka yang mencari rezeki melalui penjualan nasi lemak.

Anda pula sukakan nasi lemak versi mana? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Mungkin lepas ni ada menu lain pula saya akan cuba masak untuk pertama kalinya. Nantikan entri baru untuk siri Experience. Sampai sini saja entri hari ini.

Pertama Kali Cuba Masak Nasi Ayam

Comments

  1. pernah pertama kali masak nasi lemak, nasi jadi lembik sebab tak dapat agak kandungan air dan santan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tentukan kuantiti air dan santan ni yang paling mencabar kan.

      Delete
  2. masak nasi lemak sendiri memang puas sebab boleh masak lauk ikut citarasa kita, yg penting sambal kena sedap baru menambah..hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap macam bukan pertama kali masak nasi lemak, hasil tangan pro.
    Terus rasa nak masak nasi lemak untuk breakfast esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi sebab ada orang lain tolong😁. Bolehlah masak nasi lemak esok.

      Delete
  4. Cukup lengkap ni. Sedap nampak tau!

    ReplyDelete
  5. Cukup lengkap nasi lemak dana nie..
    kalau kak sha suka tambah sambal sotong kering..

    ReplyDelete

Post a Comment