Review KFC Crunchy Tandoori

Pada bulan November ini, KFC Malaysia telah mengeluarkan menu baru, iaitu KFC Crunchy Tandoori. Rasanya menu ini diperkenalkan buat pertama kali. Tidak pastilah sama ada bersempena dengan perayaan Deepavali atau secara kebetulan saja tarikhnya dekat-dekat. 

Memandangkan sudah lama saya tidak membuat review KFC, saya pun mengambil keputusan untuk membuat review bagi KFC Crunchy Tandoori ni. Terdapat pelbagai set hidangan yang ditawarkan tetapi saya memilih bucket 9 ketul ayam.

KFC Crunchy Tandoori yang saya beli disertakan dengan coleslaw (besar), whipped potato (besar) dan air Pepsi (1 botol). Harganya adalah RM 54.99. 

KFC Crunchy Tandoori

KFC Crunchy Tandoori

Ketika saya membuka kotak KFC, saya dapati warnanya agak menarik dan baunya juga sedap. Dari segi luaran, nampak menyelerakan. Cuma saiz ayam kurang memuaskan. Ayam lebih kecil berbanding kebiasaannya walaupun saya membeli di cawangan KFC yang saya selalu pergi.

Saya mencuba KFC Crunchy Tandoori ini bersama adik-adik dan kami semua bersetuju yang rasanya sedap. Rasanya seperti sesuatu yang saya pernah makan tapi tak tahu apa dia😂. Tidak pedas dan ada rasa masam. Namun, rasanya bukanlah betul-betul sama macam ayam tandoori yang kita pernah makan di kedai mamak.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Crunchy Tandoori:
Rasa- 4.5
Rupa-4.8
Kuantiti-3.9
Harga-4.0
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Berdasarkan review yang saya lihat dan baca, ada yang kurang menyukai menu baru ini kerana rasanya yang tidak menepati citarasa mereka. Bagi saya pula, rasanya sedap cuma mungkin apabila kita membandingkan rasa ayam Tandoori yang kita pernah makan, kita kecewa kerana rasanya berbeza. Jika kita memakannya tanpa prior expectation, KFC Crunchy Tandoori ni agak menarik sebenarnya sebab salutan ayamnya berbeza berbanding apa yang KFC pernah keluarkan sebelum ni.

Kesimpulannya, saya rasa bahawa berbaloi untuk saya mencuba KFC Crunchy Tandoori ni kerana rasanya menepati citarasa saya. Tapi kalau saiz ayamnya lebih besar, pasti akan lebih berbaloi. 

Kalau anda dah cuba KFC Crunchy Tandoori ni, jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. wah menu baru ke ni? tak sempat nak cuba lagi. nampak sedap juga ayam tandori crunchy tu :)

    ReplyDelete
  2. kan. saya makan pun rasa masam, macam ada mint pulak. Pelik betul tandoori kfc ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak tahulah bahan apa yang digunakan untuk beri rasa masam tu.

      Delete
  3. wow tinggi juga rating tu.. akak hope by nxt month ada lagi KFC Tandori ni.. sbb this month da penuh quota makan fastfood.. tnggu next month..

    ReplyDelete
  4. Akak belum berkesempatan lagi nak cuba. Macam sedap.

    ReplyDelete
  5. Wah, menu yang satu ini belom coba saya :)
    Yanacircle

    ReplyDelete
  6. Dah rasa.. not badlah.. cuma ayam dia dah makin kecik..

    ReplyDelete

Post a Comment