EXPERIENCE: Pertama Kali Cuba Masak Nasi Beriani Ayam

Hai semua. Seperti yang dikatakan sebelum ni, saya akan teruskan siri Experience Pertama Kali Cuba Masak. Untuk hari ini, saya akan kongsikan pengalaman pertama kali cuba masak nasi beriani ayam.

Memandangkan saya dan keluarga tidak pernah memasak nasi beriani, kami mengambil masa yang lama untuk mencari resepi yang sesuai. Walaupun masih kelam-kabut dengan resepi di saat-saat akhir, akhirnya siap juga nasi beriani ayam.

Jom kita lihat nasi beriani versi keluarga Jannah. 

Nasi Beriani Ayam

Untuk nasi beriani ini, kami sediakan ayam masak beriani, acar dan salad. Ayam beriani tu tak pedas pun dan rupa dia lebih kurang macam ayam masak kurma. Untuk nasi pula, kami tambahkan kismis dan kacang gajus.

Kalau kita lihat dalam gambar di atas, nampak macam tak banyak pun elemen untuk nasi beriani ni. Tapi sebenarnya proses menyediakan bahan dan memasak memang lama. Proses memasak nasi dan ayam agak complicated sebab banyak rempah dan bahan-bahan lain diperlukan.

Selain daripada nasi beriani ayam, ada juga orang yang buat nasi beriani kambing. Tapi memandangkan bukan semua orang suka makan kambing, ayam menjadi pilihan utama sebagai lauk untuk nasi beriani. Sebenarnya, kalau ada papadom, lagi sedap. Biasalah disebabkan perancangan last minute, banyak benda lupa😅.

Untuk ayam, selalunya saya akan ambil ayam goreng kalau beli di kedai. Tapi untuk menjimatkan masa memasak, kami buat keputusan untuk masak ayam sekaligus. 

Sekian sahaja entri kali ini. Nantikan menu lain yang saya akan masak untuk siri Experience Pertama Kali Cuba Masak.

Lauk apa yang anda suka kalau makan nasi beriani? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Pertama Kali Cuba Masak Nasi Ayam

Comments

  1. Nampak mabeles! 👍🏻
    Cheq belum pernah masak nasi beriani. Kalau dapat makan nasi beriani, cheq suka lauk ayam masak ros 😋

    ReplyDelete
  2. tak pernah masak nasi beriani ni. sedap juga dapat makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sesekali dapat makan nasi beriani memang sedap.

      Delete
  3. Wow sedap tu boleh lah pos sikit kat umah mama

    ReplyDelete

Post a Comment