Review Novel Hilang Karya Khairul Nizam Khairani

 Hai semua. Hari ini saya ingin review novel Hilang karya Khairul Nizam Khairani.

Saya membeli novel Hilang kerana tertarik dengan tajuknya. Saya beli di Popular Online bersama dengan dua buah lagi novel yang saya telah review. 

Mari kita baca review untuk novel ini.

Novel Hilang Karya Khairul Nizam Khairani

Judul: Hilang
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Genre: Thriller/misteri
Tahun terbitan: 2020
Penerbit: Dear Novels Sdn. Bhd.
Harga: RM 23
Mukasurat: 254

Review:
Novel Hilang memfokuskan kepada kes kehilangan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Balqis. Kanak-kanak yang hilang gagal dikesan dan pelakunya masih belum diberkas. 

Permulaan novel memaparkan kisah Munirah dan keluarga Pak Din. Munirah diterima bekerja di rumah Pak Din dan dia tinggal di rumah itu dengan anaknya, Hisham. Semakin lama tinggal di sana, semakin banyak kejadian aneh yang berlaku.

Namun, kehadiran Munirah seolah-olah membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga Pak Din kerana anaknya, Muzamil yang sakit beransur pulih. Mak Som (isteri Pak Din) sangat gembira dengan perubahan terhadap anaknya. 

Rupa-rupanya, ada yang dengki kepada Muzamil. Dalangnya adalah orang yang dekat dengan mereka. Proses merawat Muzamil banyak dibantu oleh Imam Amat. Munirah pula semakin rapat dengan Imam Amat. 

Ingatkan dah tak ada masalah selepas itu. Tapi banyak masalah baru muncul. Laili, isteri kepada jiran Pak Din sering melihat perkara yang menakutkan di rumahnya. Suaminya, Azman juga diganggu tetapi dia tidak mahu memberitahu isterinya yang takut dan kerisauan. Azman ini adalah watak yang tidak suka dengan keluarga Pak Din. Nasib baik isteri dia bukan macam tu.

Kemudian, kejadian kehilangan kanak-kanak kembali berulang. Kali ini, pesalah itu tidak dapat melepaskan diri lagi kerana Hisham berjaya membongkar kejahatan yang dilakukannya. Selain itu, terdapat mayat seorang wanita ditemui di halaman rumah Pak Din.

Novel ni banyak plot twist di penghujungnya. Yang nampak baik tidak semestinya tidak melakukan apa-apa kejahatan kerana ada orang yang bijak menyembunyikan kejahatannya. Ramai penjenayah yang ditangkap dan ada antara mereka memang tidak disangka.

Pengajaran:
- Jangan dengki terhadap orang lain. Jauhkan sikap dengki terhadap orang lain kerana hal ini akan memudaratkan diri di kemudian hari.
- Kebenaran pasti terbongkar. Sebijak mana pun seseorang itu menyembunyikan kejahatan yang dilakukan, kebenaran pasti terbongkar sama ada cepat atau lambat.
- Jangan menilai orang dari luaran. Sikap dan personaliti seseorang tidak boleh dinilai dari segi luaran sahaja kerana apa yang terlihat mungkin tidak sama dengan apa yang ada di hati mereka.

Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini. Cara penceritaan yang baik dan penamat cerita memang tidak seperti yang dijangka. 

Baca review novel yang lain:
-Diam karya Zura Anwar
-Psiko karya Rosa Nur
-Yang Tersembunyi karya Khairul Ahmad

Comments

Post a Comment