EXPERIENCE: Pengalaman Menguruskan Saluran YouTube

Setelah sekian lama, siri Experience kembali lagi untuk versi Bahasa Melayu. Dalam entri ini, saya akan kongsikan pengalaman saya menguruskan saluran YouTube. 

Untuk pengetahuan semua, saya memulakan saluran YouTube saya pada November 2019 dengan nama The Wonderful Jannah. Jadi, saya sudah menguruskan saluran YouTube selama setahun lebih.

Apabila lihat kehidupan YouTuber/content creator yang lain, nampak macam senang tapi sebenarnya tidak. Banyak proses yang harus dijalankan dan saya harus lakukan semuanya sendiri. Bermula dari memikirkan jenis kandungan, merakam video, menyunting video dan memuatnaik video.

Disebabkan saya ada komitmen lain sebagai seorang pelajar universiti dan blogger, masa yang saya ada untuk YouTube agak terhad. Ada suatu ketika saya langsung tidak muatnaik video baru kerana kekangan masa.

Pada waktu yang sama, ilmu saya dalam pengurusan saluran YouTube juga tidaklah begitu banyak. Saya hanya belajar sendiri menggunakan sumber atas talian. Jadi, prestasi saluran YouTube saya tidak menunjukkan perubahan yang begitu bagus. Tambahan pula, saya jarang promosikan video baru.

Selain daripada masalah mencari idea, terdapat juga masalah lain seperti peralatan untuk merakam video dan sambungan Internet yang lemah. Menguruskan saluran YouTube ni seronok kerana boleh buat kerja di mana-mana tapi kena pastikan sambungan Internet bagus.

Namun, pada tahun 2020 apabila kita semua harus duduk di rumah, saya ada lebih banyak masa untuk saluran YouTube. Banyak perkara baru yang saya belajar tentang YouTube dan prestasi saluran YouTube saya menunjukkan perubahan yang baik.

Oleh itu, pengajaran penting yang saya ingin sampaikan di sini ialah ilmu adalah perkara yang penting dalam melakukan apa-apa. Walaupun kita sudah ada sedikit ilmu, jangan pernah berhenti menuntut ilmu kerana banyak lagi ilmu yang kita belum miliki.

Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong video-video yang saya hasilkan di YouTube. Bagi yang baru mengenali The Wonderful Jannah, harap anda sudi untuk memberikan sokongan. Sokongan anda semua amat saya hargai.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada anda terutamanya buat yang masih baru dalam menguruskan saluran YouTube . Nantikan perkongsian saya dalam entri yang lain.

10 Tips Berguna Untuk YouTuber/Content Creator Baru

Comments

  1. betul tu jannah , it;s not easy nak sampai level ke level, kena ada achivement jugak. apapun teruskan berkarya ya Jannah. akak pun jarang dah nak upload videoo.. part edit tu yang lemah hii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Part editing tu yang perlukan banyak masa.

      Delete
  2. dulu wak suka amek gmbr video., tapi tu lah, masa editing tu yg rasa x berbaloi., ;p

    ReplyDelete
  3. Dah subscribe.. memang respeklah pada mereka yang boleh berkongsi video dan content di youtube..

    ReplyDelete

Post a Comment