Resepi Pucuk Ubi Tumis Ikan Bilis

Hai semua. Resepi yang akan saya kongsikan hari ini adalah resepi masakan kampung, iaitu resepi pucuk ubi tumis ikan bilis.

Saya selalu juga masak pucuk ubi dengan ikan bilis ni. Ada masanya hanya celur dan makan dengan kicap sahaja. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Pucuk ubi-dicelur dan dipotong
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar )
2 sudu ikan bilis tumbuk
Air-secukupnya
Garam-secukupnya (kalau tak cukup masin)
Minyak masak-untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan pucuk ubi dan kacau.

3. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4. Setelah kuah agak surut, masukkan garam (kalau tak cukup masin) lalu kacau.

5. Tutup api dan hidangkan pucuk ubi yang sudah siap dimasak.

Pucuk Ubi Tumis Ikan Bilis

Sebenarnya, tak susah sangat pun resepi ni. Tumis sekejap dan biarkan sehingga mendidih je. Tapi pastikan jangan lupa celur pucuk ubi tu terlebih dahulu. 

Anda pula suka masak pucuk ubi macam mana? Jangan segan untuk kongsikan di ruangan komen.


Comments

  1. Replies
    1. Betul tu, Kak Fiza. Boleh makan sebagai ulam je.

      Delete
  2. Aduyai terasa2 kat tekak.. sedap ni

    ReplyDelete
  3. hu hu hu baru semlm borak dgn asben tentang pucuk ubi.
    lama nyer x makan. sebab lama da tak ke pasar, Jannah.
    dok gi supermarket aje. mana ada pucuk ubi :(

    nak buat masak tempoyak berulam tu.
    dok la mikir ni mana nak cari pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau kat pasar raya, memang tak jumpa lah pucuk ubi.

      Delete

Post a Comment