Resepi Betik Muda Tumis Air Bersama Ikan

Hai semua. Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi yang ringkas tapi sedap, iaitu betik muda tumis air bersama ikan.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan resepi betik muda masak lemak putih dan resepi tersebut mendapat sambutan yang baik. Jadi, saya cuba resepi yang lebih sihat dengan menggunakan betik muda. Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
Betik muda-dipotong
1 biji bawang merah-dihiris
1 ulas bawang putih-dihiris
1 ekor ikan kembung-dipotong dua
Daun kunyit-dihiris
Garam-secukupnya
Air-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga garing.

2. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan ikan kembung dan biarkan seketika.

4. Masukkan betik dan biarkan sehingga empuk.

5. Masukkan daun kunyit. 

6. Setelah daun kunyit layu, tambahkan garam dan kacau. 

7. Tutup api dan hidangkan.

Betik Muda Tumis Air Bersama Ikan

Bagi yang tak pernah makan betik muda, rasanya manis apabila dimasak berkuah begini. Hirisan daun kunyit pula menyedapkan lagi hidangan ini. Tanpa ikan pun dah sedap sebenarnya. Jadi, terpulang kepada anda sama ada nak masukkan ikan ataupun tidak.

Kalau anda ada resepi lain untuk betik muda, jangan segan untuk kongsikan di ruangan komen. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment