Resepi Betik Muda Masak Lemak Putih

Hai semua. Kembali lagi dalam entri resepi di blog The Wonderful Jannah. Resepi yang akan saya kongsikan hari ini sedikit berbeza, iaitu resepi betik muda masak lemak putih.

Kebiasaannya kita makan buah betik secara mentah. Namun, berbeza pula untuk buah betik muda. Keluarga saya suka menggunakan betik muda untuk masak lemak. Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Betik muda-dipotong
1 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1 biji lada besar-dihiris
Daun kunyit-dicarik-carik
Garam-secukupnya
Santan-secukupnya (ikut tahap kepekatan yang diiginkan)
Air-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali betik, daun kunyit dan garam ke dalam kuali.

2. Kacau sehingga sebati.

3. Hidupkan api dan biarkan sehingga kuah mendidih. Pastikan sentiasa kacau kuahnya semasa api dihidupkan sehingga api ditutup.

4. Masukkan betik dan biarkan sehingga empuk.

5. Masukkan daun kunyit. 

6. Setelah daun kunyit agak layu, tambahkan garam dan kacau. Tutup api dan hidangkan.

Betik Muda Masak Lemak Putih

Walaupun masakan ini adalah masak lemak putih, tetapi kuahnya berwarna agak kekuningan kerana warna daripada betik. Rasanya pula manis. Bagi yang belum pernah cuba lagi resepi ni, bolehlah cuba nanti.

Nampaknya percubaan pertama untuk masakan ini menjadi. Nantikan pula percubaan pertama kali saya untuk masak resepi lain. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah. Sekian sahaja untuk entri kali ini.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment