Resepi Kerabu Peria

Hai semua. Terima kasih kerana singgah ke blog The Wonderful Jannah. Hari ni saya mencuba satu lagi resepi baru, iaitu kerabu peria. Resepi ni mudah saja kerana tak memerlukan banyak bahan.

Disebabkan peria ni pahit rasanya dan saya kurang suka rasa pahit, saya pun carilah petua untuk mengurangkan rasa pahit peria. Saya cuba je petua tu ikut pemahaman saya. Tak pastilah betul ke tidak.

Tanpa membasuh peria tu, saya terus hiris nipis-nipis dan campurkan dengan garam. Kemudian, saya gaul dan perah air peria yang keluar tu. Saya buat sampai tak keluar dah air peria tu. Memang kuantiti peria akan nampak berkurang lepas proses tu. Jadi, pastikan anda rancang betul-betul banyak mana peria yang ingin digunakan.

Untuk resepi kerabu peria ni, kuantiti mengikut citarasa masing-masing. Kalau suka lebih pedas, letak lebih banyak lada. Kalau suka lebih masam, letak lebih banyak limau nipis dan sebagainya. Jom kita baca resepinya.

Bahan-bahan
2 biji peria-dihiris nipis-nipis
2 biji bawang merah-dihiris
10 sudu kelapa parut-digoreng
1 biji lada-dihiris
1 biji limau nipis-dipotong dua
Garam-secukupnya

Cara-cara memasak
1. Masukkan peria, bawang merah dan kelapa parut ke dalam satu mangkuk. Gaul bahan-bahan tersebut.

2. Masukkan garam dan perahkan limau. Gaul hingga sebati.

3. Pindahkan kerabu ke dalam pinggan untuk dihidangkan.

4. Taburkan hirisan lada ke atas kerabu.

Kerabu Peria

Sejujurnya, ini pertama kali saya makan kerabu peria. Bagi saya, rasanya agak sedap. Disebabkan ada bahan-bahan lain, kuranglah sikit rasa pahit peria tu. Mungkin lepas ni saya boleh cuba resepi kerabu yang lain pula. Sesiapa yang ada resepi untuk kerabu, dipersilakan untuk kongsikan di ruangan komen.

Selamat mencuba.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. Woww sangat laa kagum dengan orang yang suka peria + kerabu ni hehe. Sebab saya memang sejenis yang kurang gemar sayur hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaliklah dengan saya. Saya suka makan sayur😂.

      Delete
  2. Salam perkenalan. Terima kasih singgah sini.

    ReplyDelete
  3. Memang betul tu, salah satu cara kurangkan pahit peria. Saya selalu buat begitu, tetapi kalau dapat peria yang warnanya agak putih (kurang warna hijau) orang kata rasanya kurang pahit.

    ReplyDelete
  4. fam members ramai suka kerabu.. kalo akak memilih sikit. hehe yan sayur2 kurang berkenan. tapi kadang2 tu tingin nak cuba. yang ni belum penah try..

    ReplyDelete
  5. Uihh menarik nih JR, cheq tak pernah tengok lagi kerabu peria yang style macam ni 🤓

    ReplyDelete
  6. Wah.. menariknya Jannah.. Tak pernah jumpa lagi kerabu peria..

    ReplyDelete
  7. Saya tak suka makan peria tapi kadangkala mama paksa makan sebab sayur baik untuk kesihatan. Saya makan peria goreng garing tapi belum pernah makan kerabu peria. Nanti saya suruh mama cuba resepi ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peria goreng garing akak tak pernah cuba lagi.

      Delete
  8. kita follow sini ya....kalau ad chat box lgi senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow sini😊. Saya guna template sedia ada je sebab tu tak de chatbox.

      Delete

Post a Comment