Hai semua. Kembali lagi dalam perkongsian resepi di blog The Wonderful Jannah. Resepi untuk entri kali ini agak berbeza, iaitu resepi peria goreng ikan bilis.
Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah lagi kongsikan apa-apa resepi peria di blog ni. Biasanya saya masak kubis dan sayur-sayur berdaun seperti kailan, sawi dan kangkung. Kali ni saya nak buat kelainan. Mencuba untuk masak peria pula. Jom kita baca resepinya.
Bahan-bahan
Peria-dihiris nipis-nipis
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 sudu ikan bilis tumbuk (boleh ubah kuantiti)
Garam-kalau belum cukup masin
Minyak masak-untuk menumis
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dan ikan bilis.
2. Apabila bawang dan ikan bilis telah garing, masukkan peria dan kacau.
3. Tutup api apabila peria sudah lembut.
4. Hidangkan peria yang sudah siap dimasak.
Sesetengah orang akan campurkan lada untuk goreng peria. Sedap juga kalau masak dengan lada. Namun, bagi yang tak boleh makan pedas, bolehlah cuba peria goreng ikan bilis versi Jannah. Kalau anda ada resepi lain untuk masak peria, jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.
*Saya tidak letakkan garam dalam resepi ini kerana ikan bilis sudah mempunyai rasa masin.

Peria Goreng Ikan Bilis |

Baca resepi yang lain:
Sedapnya peria stir-fry macam ni..😋👍🏻
ReplyDeleteMemang sedap😋
DeleteSedapnya.. terus rasa lapar
ReplyDeleteSedap.
DeleteSedap
ReplyDeletememang suka peria
salah satu sayur kegemaran cuma sis suka goreng pedas dengan udang.. lama dh tak makan. rasa terliur pula :D
ReplyDeleteOoh, tak pernah lagi saya masak macam ni.
Delete