Review KFC Banana Balls

Hai semua. Berjumpa lagi kita dalam entri review KFC. Untuk entri kali ini, saya ingin review KFC Banana Balls.

Saya tak pasti bila KFC keluarkan menu ini sebab saya jarang beli hidangan sampingan kecuali fries dan wedges. Sebelum ini saya dah pernah tonton video review untuk KFC Banana Balls, ada yang kata sedap dan ada yang kata biasa-biasa saja.

Seperti biasa, beli di aplikasi Foodpanda saja. Walaupun harganya lebih mahal berbanding di cawangan KFC, tetapi lebih mudah sebab tak perlu keluar rumah. Harga untuk 5 biji banana balls ini ialah RM 7.49. Bagi saya, harganya mahal dan tidak berbaloi kalau beli ala carte

Jadi, saya beli KFC Wow Bucket dengan 6 ketul ayam. Harganya ialah RM 42.99 dan disertakan dengan banana ballswhipped potato dan minuman juga.

Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat gambar KFC Banana Balls.

KFC Banana Balls

Dari segi kuantiti, memang tidak dapat dinafikan yang kuantitinya sedikit. Tapi nasib baik banana balls tu nampak sedap dan masih panas lagi masa sampai. 

Pada pendapat saya, rasa KFC Banana Balls ni sedap juga. Dalam banyak-banyak produk berunsurkan pisang yang saya pernah cuba, menu ini lebih sedap berbanding susu pisang. Kulit banana balls tu nipis saja dan intinya agak banyak. Teksturnya lembut saja tapi tak adalah kenyal sangat. Tak tahulah macam mana nak gambarkan teskturnya😂. Anda kena cuba sendiri untuk tahu.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Banana Balls:
Rasa- 4.2
Rupa-4.5
Kuantiti-3.5
Harga-3.5
Jumlah: 3.9 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Banana Balls antara produk berasaskan pisang yang kena dengan selera saya. Tapi kena makan masa makanan tu masih panas. Cuma harganya mahal dan macam tak berbaloi kalau beli yang ala carte. Kalau banana balls ini ada dalam set bucket atau kombo, memang saya akan beli lagi.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. makan panas2 banana ball ni sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kena makan masa banana balls tu masih panas.

      Delete
  2. Ada lagi satu durian ball. Makan time panas panas memang sedappppp. Pendapat saya sama dengan jannah, harga agak mahal sebab hanya ala carte hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba lagi durian balls tu. Mungkin kalau ada dalam set bucket, boleh cuba nanti.

      Delete
  3. Nak juga merasa banana balls ni tapi tak tercuba-cuba lagi... cheq nak kena cepat order ni sebelum dia pupus dari menu kepci 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, CS. Kalau tak, kena tunggu menu ni buat comeback nanti.

      Delete
  4. Baru makan KFC minggu lepas, tapi bukan banana balls.
    Esok boleh cuba versi ni, harap masih sempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap masih ada menu ni. Kena cepat-cepat beli.

      Delete
  5. Tak pernah try lagi banana ball ni.. Banyak betul review KFC Jannah buat yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga. Sebab suka KFC dan boleh dijadikan panduan bagi yang nak cuba menu baru di KFC.

      Delete
  6. pernah beli ni awal bulan ari tu, Jannah.
    tapi tak merasa. anak2 dan anak2 buah da grab dulu :) hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak & anak buah, memang kena mengalah kan, kak. Tengok-tengok dah habis.

      Delete

Post a Comment