Review KFC Cereal Cheezy Fries

Selain daripada KFC Zesty Crunch, saya dapati KFC telah mengeluarkan satu lagi menu baru, iaitu KFC Cereal Cheezy Fries. Tak pasti sama ada diinspirasikan daripada KFC Golden Butter Cereal ataupun tak.

Memandangkan hasrat untuk mencuba KFC Golden Butter Cereal hari tu tak tercapai dan kebetulan ada review yang mengatakan KFC Cereal Cheezy Fries sedap rasanya, saya belilah untuk cuba. Jom lihat macam mana rupanya.

KFC Cereal Cheezy Fries

Harga untuk fries ini adalah RM 5.99 (sama dengan harga Cheezy Popcorn Bowl). Tak jauh beza pun dengan harga fries biasa (RM 5.49). Saya beli yang saiz large sebab harga tak banyak beza dengan yang saiz regular.

Saya memang puas hati dengan kuantiti topping. Memang penuh cheese dan cereal sampai hampir menutupi keseluruhan fries😂. Cereal tu dicampur dengan daun kari juga.

Pada pendapat saya, kombinasi fries, cheese dan cereal tu sedap. Ada rasa manis disebabkan oleh cereal. Saya beli KFC Cereal Cheezy Fries ni sekali dengan KFC Zesty Crunch. Memang puas hati untuk pembelian kali ni sebab makanan kena dengan selera saya dan kuantiti banyak.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Cereal Cheezy Fries:
Rasa- 4.5
Rupa-4.5
Kuantiti-4.3
Harga-4.0
Jumlah: 4.3 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Cereal Cheezy Fries ni antara menu menarik untuk dicuba bagi peminat cereal dan cheese. Tapi pastikan makan masa hidangan ni masih panas. 

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. lama takgi kfc haha taktahu ada menu baru 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun sebab ternampak review kat YouTube😅.

      Delete
  2. eh ada menu baru, introduce kat dak ava mesti dia suka ni, so far mashed potatoes dan cheezy bowl tu faberet dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang suka cheese dan cereal mungkin suka menu ni, kak.

      Delete
  3. Boleh tahan menarik gabungan fries, cheese dan cereal ni....rasa macam nak cuba 🤓✨

    ReplyDelete
  4. Wah.. ada menu baru.. lama tak ke KFC.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, menu baru. Bulan ni macam banyak je menu baru KFC😂.

      Delete
  5. Ya nampakntopping Tu mmg X kedekut confirm sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sedap bagi yang minat cereal, Mamapp😁.

      Delete

Post a Comment