Review KFC Cheezy Popcorn Bowl

Hai semua. Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mencuba KFC Cheezy Popcorn Bowl. 

Sebelum ni KFC Bowl dihentikan penjualan buat seketika. Tapi saya tak pasti kenapa. Kebetulan KFC Bowl ni dikembalikan, jadi saya pun  berhasrat untuk beli Loaded Go Bowl.

Namun, Loaded Go Bowl sudah digantikan dengan Cheezy Popcorn Bowl. Sebenarnya, tak jauh beza pun. Kepingan zinger ditukarkan kepada popcorn chicken.

KFC Cheezy Popcorn Bowl

Dari segi saiz, tak banyak perubahan. Tapi harganya lebih mahal, iaitu RM 5.99 (macam harga Loaded Potato Bowl dulu). Kuantitinya kecil saja, jadi memang kena beli makanan lain juga. 

Saya dapat 4 ketul popcorn chicken , fries, cheese dan mayonnaise. Tidak dapat dinafikan gabungan fries dan cheese KFC memang sedap. Ayam pula ada rasa pedas sedikit dan saiznya agak besar. 

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Cheezy Popcorn Bowl:
Rasa- 4.8
Rupa-4.8
Kuantiti-3.5
Harga-3.0
Jumlah: 4.0 daripada 5 bintang

Bagi saya, KFC Cheezy Popcorn Bowl ni rasanya sedap tapi harganya agak mahal. Harap-harap KFC akan kembalikan KFC Loaded Go Bowl lepas ni. 

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. Sekarang semua dah up harga. tetap jugak dicari orang ramai. Sedapnya dapat sebekas ni. Yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang rasa yang sedap membuatkan kita beli jugak walaupun harga agak mahal kan.

      Delete
  2. Sedapnya..harga boleh tahan.sy kalau menu baru kfc asal dpt cuba sekali jadilah 😁

    ReplyDelete

Post a Comment