Review KFC Zinger Cheezy dan Spicy BBQ

Beberapa minggu lepas, KFC telah mengeluarkan menu baru, iaitu KFC Zinger Cheezy dan KFC Zinger Spicy BBQ bagi menggantikan KFC Zinger Chop. Sebenarnya, menu KFC Zinger ni sudah lama ada di KFC cuma kali ini mereka menawarkan tiga pilihan bagi KFC Zinger.

Tiga pilihan yang ditawarkan adalah klasik, cheezy dan bbq. Saya hanya beli dua sahaja, iaitu cheezy dan bbq sebab yang klasik dah pernah rasa sebelum ni.

Dari segi harga, menu baru KFC ni lebih murah berbanding KFC Zinger Chop. Setiap set kombo berharga RM 13.90. Kombo ini disertakan dengan cheezy wedges dan air mangga Ria. Kalau nak beli ala carte atau beli box meal pun boleh tapi dengan harga yang berbeza.

KFC Zinger Cheezy dan Cheezy Wedges

KFC Zinger Cheezy

KFC Zinger Spicy BBQ

Berdasarkan gambar-gambar di atas, kita dapat lihat saiznya agak besar. Sos dan bahan-bahan pun agak banyak. Terdapat kepingan zinger  dan kepingan keju di dalam burger tersebut.

 Sos cheese rasanya sama saja seperti sos cheese yang digunakan dalam menu lain. Sos bbq lain sikit sebab saya tak pernah cuba menu KFC dengan sos bbq sebelum ni.

Dari segi rasa, macam ada rasa pedas sikit. Mungkin daripada kepingan zinger tu. Saya perasan yang kebelakangan ni rasa pedas pada ayam KFC macam lagi meningkat walaupun taklah sepedas ayam goreng McD. Kalau dulu tak terasa langsung pedas apabila makan ayam spicy ataupun kepingan zinger. Anda rasa perkara yang sama atau saya je yang rasa macam tu?😂

Walaupun kombo KFC Zinger ni hanya terdiri daripada 3 komponen, tetapi memang sangat kenyang. Cheezy wedges belum habis lagi dah terasa kenyang. Tapi bergantung kepada individu jugalah. Antara kedua-dua pilihan yang ada untuk KFC Zinger, saya lagi suka KFC Zinger Cheezy sebab saya peminat cheese.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Zinger Cheezy dan Spicy BBQ:
Rasa- 4.5
Rupa-4.2
Kuantiti-4.0
Harga-4.0
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Zinger Cheezy dan KFC Zinger Spicy BBQ ni hanyalah olahan semula menu yang sudah ada di KFC. Cuma ada penambahan sos sahaja. Elemen yang lain semua sama. Bagi saya, saya mungkin akan repeat order kerana saya sukakan rasanya. Untuk yang inginkan kelainan, mungkin menu ini kurang sesuai untuk anda.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. akak ni dok teringin kfc dari sebelum pkp tp sampai skrng x pegi2 beli.. adoi..

    nak ayam tp tngk burger ok jugak..
    baru pulak tu x penah try. tengok nanti macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try cepat, SYM. Rasanya limited time je menu ni.

      Delete
  2. Dah lama mama X mkn KFC. Tak tau Ada burger baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ternampak kat YouTube dan IG tentang menu baru ni.

      Delete

Post a Comment