Review KFC Zinger Chop

Hai semua. Kembali lagi dalam review KFC di blog The Wonderful Jannah. Rasanya dah lama tak buat review KFC sebab saya memang tak ke KFC semasa PKP. Selepas tiga bulan tak makan KFC, saya buat keputusan untuk membeli KFC Zinger Chop. Menu terbaru dari KFC ini baru saja dilancarkan beberapa hari yang lepas.

Ramai yang kurang berpuas hati dengan menu baru KFC ni. Ada yang kata saiz ayamnya kecil. Ada yang kata harganya mahal. Namun, saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa mencuba terlebih dahulu.

Saya beli kombo 2 keping zinger yang berharga RM 16.90. Boleh dikatakan agak mahal berbanding menu-menu sebelum ni. Selalunya KFC keluarkan menu baru dengan harga ala-ala Snack Plate (dalam RM 14-RM 15).

Set 2 ini disertakan dengan coleslaw, fries, gravy (kuah) dan air mangga Ria. Jom lihat bagaimana rupa KFC Zinger Chop.

KFC Zinger Chop

KFC Zinger Chop

Berdasarkan gambar kedua, anda rasa saiz zinger tu besar ke kecil? Sila komen di bawah. Bagi saya, saiznya biasa-biasa saja. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Namun, memang mengenyangkan. Kalau pergi KFC, memang tak perlu add-ons menu lain dah. Kuah juga banyak untuk menu ni. Jadi, tak ada masalah tak cukup kuah masa makan.

Dari segi rasa, kombinasi zinger dan gravy tu sedap. Sebenarnya, gravy tu sama saja macam yang ada dalam whipped potato tapi cara dihidangkan berbeza. Air mangga Ria pula tidak kena dengan citarasa saya. Rasanya berbeza berbanding air mangga Sjora yang selalu saya minum. Tapi sesiapa yang suka masam, mungkin suka air mangga Ria.

Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:

KFC Zinger Chop:
Rasa- 4.5
Rupa-4.2
Kuantiti-4.0
Harga-4.0
Jumlah: 4.2 daripada 5 bintang

Kesimpulannya, KFC Zinger Chop ni disarankan untuk yang nak familiar flavours dalam menu KFC sebab mereka hanya olah sedikit elemen yang sedia ada di KFC. Tiada penambahan elemen baru. Bagi yang inginkan kelainan, mungkin menu ini tidak sesuai untuk anda. Pilihan di tangan anda sama ada ingin cuba atau tidak.

*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif). 

Comments

  1. dalam list untuk dicuba tapi belom berkesempatan nak ke KFC.. ni pun mekdi ada menu baru belah bahagi nak try mana 1 dlu. akak makan fast food ni sbulan skali je jadi kena pilih hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ty menu baru KFC sebab KFC ni fast food favourite😂.

      Delete
  2. belum ada kesempatan lagi untuk mencuba. Jadi saya pun tak boleh nak komen lebih-lebih.. Kena try sendiri dulu baru tahu

    ReplyDelete
  3. Aduh apesal nampaknsedap sgt.. mama x penah Rasa lagi ni

    ReplyDelete
  4. Naim tak berkesempatan lagi masa PKP ini. Maybe dah reda cikit boleh pi dekat KFC. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru je dapat pergi KFC. 3 bulan PKP memang tak pergi KFC pun.

      Delete
  5. wah..menu baru. baru je try nasi kari atok tu..dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang kata nasi kari atok tu sedap tapi saya tak try pun.

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau minat kuah dalam whipped potato tu, rasa sedap menu ni.

      Delete
  7. Hi menarik ini :) bw here done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Terima kasih singgah sini dan follow😊.

      Delete
  8. Replies
    1. Tak pe. Masih ada masa untuk cuba sebab menu ni baru keluar.

      Delete
  9. portion looks ok just bila dgr 'chop' dlm menu tu, something moist, juicy come into my mind. honestly, akak jarang go for new menu from kfc. lately menu baru kfc agak kurang memberangsangkan, im still stick to menu ayam goreng ori dia 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tahu nak makan apa, memang saya ambil snack plate je.

      Delete

Post a Comment