Sempena tahun baru 2019, KFC telah mengeluarkan menu baru, iaitu KFC Parmesan Truffle Crunch bagi menggantikan KFC Spicy Gochujang Crunch. Sebenarnya, saya sudah melihat iklan tentang menu baru KFC ini beberapa minggu yang lalu. Namun, tidak berkesempatan untuk mencubanya ditambah pula dengan komen yang tidak begitu meyakinkan daripada mereka yang telah mencubanya.
Ada yang mengatakan bahawa kuantiti cheese sedikit, rasanya tidak sedap dan harganya mahal. Komen-komen yang diberikan membuatkan saya teragak-agak untuk mencuba menu baru ini pada awalnya tetapi sebagai peminat tegar KFC, saya tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba setiap menu baru KFC. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mencubanya. Anda boleh lihat dalam gambar di bawah. Disebabkan terlalu lapar ketika itu, saya hanya sempat mengambil satu gambar sahaja.
Harga untuk KFC Parmesan Truffle Crunch ini ialah RM 15.00 bagi set dengan dua ketul ayam. Selain itu, anda juga boleh dapatkan set ini dengan tiga ketul ayam tetapi dengan harga yang lebih mahal. Dari segi harga, saya rasa agak mahal berbanding menu KFC yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Ada yang mengatakan bahawa kuantiti cheese sedikit, rasanya tidak sedap dan harganya mahal. Komen-komen yang diberikan membuatkan saya teragak-agak untuk mencuba menu baru ini pada awalnya tetapi sebagai peminat tegar KFC, saya tidak ingin melepaskan peluang untuk mencuba setiap menu baru KFC. Jadi, saya mengambil keputusan untuk mencubanya. Anda boleh lihat dalam gambar di bawah. Disebabkan terlalu lapar ketika itu, saya hanya sempat mengambil satu gambar sahaja.
KFC Parmesan Truffle Crunch |
Air untuk KFC Parmesan Truffle Crunch ini ialah air Mountain Dew. Disebabkan saya tidak minum air tersebut, jadi saya minta tukar dengan air mango dengan tambahan RM 2 (selalunya kena tambah RM 1 lebih je). Set ini juga didatangkan sekali dengan shredded parmesan cheese, coleslaw dan whipped potato.
Dari segi rasa, KFC Parmesan Truffle Crunch memang jauh lebih sedap daripada Spicy Gochujang Crunch. Ketika membawa tray ke meja, bau ayam goreng tersebut memang membangkitkan selera. Apabila saya merasanya buat pertama kali, memang sangat sedap dan tidak ada rasa menyesal untuk
mengeluarkan duit bagi membelinya cuma kalau mereka boleh bagi lebih cheese lagi bagus. Berdasarkan penilaian saya, berikut adalah pembahagian markah:
Bagi saya, KFC Parmesan Truffle Crunch merupakan salah satu menu keluaran KFC yang menjadi kegemaran saya selain daripada KFC Spicy Sawadee Crunch. Sememangnya saya akan repeat order.

Parmesan TruffleCrunch:
Rasa- 4.9
Kuantiti-4.5
Harga-4.0
Jumlah: 4.5 daripada 5 bintang
Bagi saya, KFC Parmesan Truffle Crunch merupakan salah satu menu keluaran KFC yang menjadi kegemaran saya selain daripada KFC Spicy Sawadee Crunch. Sememangnya saya akan repeat order.
*Review ini hanyalah pendapat saya berdasarkan penilaian yang saya buat. Kualiti makanan mungkin berbeza di cawangan KFC yang berbeza. Kalau anda ada pendapat sendiri, boleh kongsi di ruangan komen (gunakan perkataan yang positif).
Ohh Gochujang dh xde dh eh.
ReplyDeleteHaah, nampak macam x de dah kat KFC.
DeleteBelum cuba lagi menu kepci yang ini, I may or may not try this menu..😄
ReplyDeletePada awalnya, saya pun macam Cik Suerin sebab kebanyakan review yang saya baca kurang yang positif. Tapi bila dah cuba memang saya rasa nak beli lagi. Memang kena dengan cita rasa saya.
DeleteBELUM SEMPAT MENCUBA..
ReplyDelete#JMBELOG
Boleh cari masa untuk cuba JM. Nak juga dengar pendapat blogger lain tentang menu baru ni.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNampak macam sedap ni
ReplyDeleteBagi saya memang sedap. Saya pilih yang ni daripada ayam Gochujang .
DeleteTak cuba pun.. Harganya agak mahal..
ReplyDeleteMemang mahal pun. KFC naik harga dah sekarang ni. Tapi disebabkan minat KFC tetap nak cuba😅
DeleteNampak sedap. Tapi belum cuba lagi
ReplyDeleteSedap. Saya suka sebab ada cheese🤗.
Delete