Resepi Kucai Goreng Ikan Bilis Bersama Tauhu

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya kongsikan resepi sayur kucai goreng ikan bilis bersama tauhu.

Boleh dikatakan kucai goreng ni salah satu hidangan kesukaan saya. Saja nak kongsikan di blog supaya tak lupa resepinya nanti. 

Sedikit tip untuk masak sayur kucai ni ialah gunakan minyak yang agak banyak (tapi jangan berlebihan sangat-ikut kuantiti kucai tu) dan tak perlu tambah air masa memasak. 

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Kucai-dipotong
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 sudu ikan bilis tumbuk
Tauhu-dipotong kecil
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan tauhu dan goreng sehingga garing. Ketepikan.

2. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis tumbuk ke dalam minyak lebihan menggoreng tauhu. 

3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan kucai lalu kacau.

4. Apabila kucai sudah layu, masukkan tauhu dan kacau.

5. Tutup api dan hidangkan kucai yang sudah siap dimasak.

Kucai Goreng Ikan Bilis Bersama Tauhu

Memang selalunya keluarga saya akan masak kucai dengan ikan bilis dan tauhu. Kadang-kadang kami campurkan dalam telur dadar dan jemput (cucur/cekodok). Kalau anda pula, macam mana anda masak kucai ni?

Comments

  1. Tak pernah try, tapi nampak sedappp! Boleh la try nanti, thanks sharing jannah ;)

    ReplyDelete
  2. Sedap juga makan daun kucai masak macam ni.. nanti JR boleh try buat pajeon (Korean pancake) letak daun kucai pula. Yang tu sedap juga 🤓👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar tentang Korean pancake ni tapi tak pernah makan lagi.

      Delete
  3. Sedap. Boleh cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  4. First time tau Kucai leh masak macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba masak kucai macam ni nanti, Kak SA.

      Delete
  5. Sedapnya lauk kucai dan tauhu. Favourite sayur ni :)

    ReplyDelete
  6. wahhh tak pernah lagi masak kucai sebagai bahan utama

    ReplyDelete

Post a Comment