Hai semua. Kita bertemu lagi dalam sesi perkongsian resepi di blog The Wonderful Jannah. Hari ini saya akan kongsikan resepi sawi raja goreng belacan.
Sebenarnya, saya tak pernah masak atau makan sawi raja ni. Jadi, saya tak pastilah resepi apa yang sesuai.
Memandangkan mak saya cadangkan supaya goreng dengan belacan, saya pun ikut sajalah.
Mari kita lihat resepinya.
Bahan-bahanSawi raja
1 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
1 sudu ikan bilis tumbuk
Belacan-secukupnya
2 biji cili padi-dihiris
Minyak masak
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.
2. Setelah bahan tumisan garing, masukkan cili padi dan belacan. Kacau dan biarkan seketika.
Kalau anda tahu resepi lain yang sesuai untuk sawi raja, boleh kongsikan di ruangan komen.
2 biji cili padi-dihiris
Minyak masak
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis.
2. Setelah bahan tumisan garing, masukkan cili padi dan belacan. Kacau dan biarkan seketika.
3. Masukkan sawi raja lalu kacau.
4. Apabila sawi raja sudah layu, tutup api.
5. Hidangkan sawi raja yang sudah siap dimasak.
Sawi Raja Goreng Belacan |
Untuk resepi ni, memang saya tak letakkan garam kerana rasa masin daripada belacan dan ikan bilis sudah mencukupi.
Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam entri akan datang.
Baca resepi yang lain:
Resepi Kucai Goreng Ikan Bilis Bersama Tauhu
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Pegaga
Resepi Cekur Manis dan Fucuk Tumis Ikan Bilis
Resepi Masak Lemak Cili Padi Ayam Dan Pegaga
Resepi Cekur Manis dan Fucuk Tumis Ikan Bilis
Pasti sedap rasanya
ReplyDeleteBoleh cuba resepi ni nanti, WP.
DeleteMakan lah sayur sayuran..untuk kesihatan..
ReplyDeleteBetul tu, Etuza. Banyak khasiat sayur-sayuran ni.
DeleteTengok rupa paras sawi tu macam sayur kailan....ke bukan?nampak sedap..lepas ni boleh cuba..
ReplyDeleteBukan kailan, Kak SA. Tak tahu lah kalau sayur ni 'adik-beradik' kailan juga😅.
DeleteKalau saya, sayur masak macam ni boleh la telan hehehe.
ReplyDeleteBolehlah cuba resepi ni nanti, Atiqah.
DeleteFirst time mama dgr sawinraja. Mcm sawi.biasa je kan
ReplyDeleteSaya pun pertama kali jumpa sawi raja ni.
Delete