Hai semua. Untuk entri kali ini, saya kongsikan resepi sayur kucai goreng ikan bilis bersama tauhu.
Boleh dikatakan kucai goreng ni salah satu hidangan kesukaan saya. Saja nak kongsikan di blog supaya tak lupa resepinya nanti.
Sedikit tip untuk masak sayur kucai ni ialah gunakan minyak yang agak banyak (tapi jangan berlebihan sangat-ikut kuantiti kucai tu) dan tak perlu tambah air masa memasak.
Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahanKucai-dipotong
2 sudu bawang kisar (bawang merah, bawang putih & bawang besar)
2 sudu ikan bilis tumbuk
Tauhu-dipotong kecil
Minyak masak
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan tauhu dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Masukkan bawang kisar dan ikan bilis tumbuk ke dalam minyak lebihan menggoreng tauhu.
3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan kucai lalu kacau.
4. Apabila kucai sudah layu, masukkan tauhu dan kacau.
5. Tutup api dan hidangkan kucai yang sudah siap dimasak.
Kucai Goreng Ikan Bilis Bersama Tauhu |
Sekian sahaja entri untuk kali ini. Jumpa lagi.
Baca resepi yang lain:
Resepi Pucuk Paku Masak Kicap
Resepi Betik Muda Tumis Air Bersama Ikan
Resepi Cekur Manis dan Fucuk Tumis Ikan Bilis
Resepi Betik Muda Tumis Air Bersama Ikan
Resepi Cekur Manis dan Fucuk Tumis Ikan Bilis
Sedapnyer
ReplyDeleteJangan lupa cuba resepi ni nanti, WP.
DeleteTak pernah try, tapi nampak sedappp! Boleh la try nanti, thanks sharing jannah ;)
ReplyDeleteYou're welcome, Atiqah :)
DeleteSedap juga makan daun kucai masak macam ni.. nanti JR boleh try buat pajeon (Korean pancake) letak daun kucai pula. Yang tu sedap juga 🤓👍🏻
ReplyDeletePernah dengar tentang Korean pancake ni tapi tak pernah makan lagi.
DeleteSedap. Boleh cuba resepi ni nanti.
ReplyDeleteFirst time tau Kucai leh masak macam ni
ReplyDeleteBolehlah cuba masak kucai macam ni nanti, Kak SA.
DeleteSedapnya lauk kucai dan tauhu. Favourite sayur ni :)
ReplyDeleteMemang sedap sayur kucai ni kan :)
Deletewahhh tak pernah lagi masak kucai sebagai bahan utama
ReplyDeleteBolehlah cuba resepi ni nanti :)
Delete