Giveaway Cipta Sajak Ulangtahun Kelahiran Dania |
Hai semua. Nampaknya sekarang ni musim blogger anjurkan giveaway. Antara yang baru melancarkan giveaway ialah Kak SA.
Saya tertarik dengan giveaway ini kerana buat pertama kalinya peserta diminta untuk mencipta sajak. Saya ada pengalaman tulis sajak tapi kebanyakannya masa zaman sekolah dulu.
Pernahlah juga beberapa kali tulis sajak di blog ini.
Kalau nak tahu kemahiran menulis sajak saya masih baik atau tak, jom baca sajak yang ditulis khas untuk Dania.
Tajuk: Cerita Tentang Dania
Tanggal 25 September 2004
Lahirnya seorang insan istimewa
Yang dinantikan selama 9 bulan 10 hari
Sejak itu,
Bermulalah perjalanan MAMA sebagai ibu
Melayari hari-hari yang mendatang
Bersama versi kecil dirinya
Seorang puteri yang diberi nama Ainnul Dania Huda
Dialah sumber kekuatan MAMA
Untuk menjalani kehidupan yang mencabar
Dialah sumber keceriaan MAMA
Tatkala MAMA keletihan
Dia juga permata hati atuk dan uwan
Bukan satu-satunya cucu Pak Zain dan Mak Pah
Tapi dialah yang sentiasa menemani mereka
Ketika yang lain tidak dapat berkunjung ke rumah
Ainnul Dania Huda,
Pembelajaran dengan norma baru tidak mudah
Tapi teruskan menuntut ilmu
Sebagai bekalan untukmu nanti
Kejayaan pasti dapat dicapai
Dengan usahamu dan doa dari MAMA
Sedikit pesan buat Dania
Bahagiakanlah MAMA
Kerana dialah syurgamu
Dan dirimu adalah hartanya di dunia dan akhirat
Akhirnya siap juga sajak untuk Dania setelah berhari-hari mencari idea dan mengasah kembali bakat menulis sajak😂. Maaf atas segala kekurangan kerana saya masih lagi belajar.
Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ainnul Dania Huda. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan untuk pembelajaran.
*Tarikh tutup untuk Giveaway Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda ini ialah pada 30 September 2021 dan pemenang akan dipilih oleh Dania. Semoga berjaya kepada semua peserta.
Tahniah
ReplyDeleteSemoga berjaya terpilih nanti
Terima kasih, WP.
DeleteWah hebat #clapclap..
ReplyDeleteTerima kasih . Saja cuba walaupun dah lama tak tulis sajak.
DeletePandaiiii bersajak! Goodluck and all the best jannah! ;)
ReplyDeleteTerima kasih, Atiqah. Jom sertai GA ni juga😊.
DeleteSiap sudah nukilan sebuah sajak. Moga berjaya.
ReplyDeleteTerima kasih, Amie.
DeleteGood Luck ya :)
ReplyDeletejemput join GA shida juga..tq :)
Terima kasih, Kak Shida. Nanti saya singgah blog akak.
Delete