Hai semua. Semalam saya sudah kongsikan resepi masakan barat. Nampaknya hari ini pun temanya resepi masakan barat, iaitu resepi chicken chop homemade.
Ada dua hidangan sampingan untuk chicken chop ini. Saya hidangkan bersama coleslaw dan lyonnaise potato. Namun, dalam entri ini, saya akan kongsikan resepi untuk ayam dan sos sahaja. Entri resepi untuk hidangkan sampingan saya letakkan di akhir entri ini.
Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan.
Bahan-bahan untuk ayamAyam
Tepung gandum-secukupnya
Telur ayam-ikut kuantiti ayam
Serbuk roti (putih/oren)-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak masak
Bahan-bahan untuk sos
1/2 sudu mentega-untuk menumis
1/2 sudu mentega-untuk menumis
100g campuran sos perang demi glace-dibancuh dengan 1 liter air
2 biji bawang merah-dihiris
Lada hitam-ditumbuk/dicincang
Tepung gandum-untuk pekatkan sos
Cara memasak kentang
1. Masukkan tepung gandum, garam dan serbuk lada hitam ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
Sedikit mentega-untuk kilatkan sos
Minyak masak
1. Masukkan tepung gandum, garam dan serbuk lada hitam ke dalam satu bekas. Gaul hingga sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam bekas yang berlainan dan pukul telur.
3. Cuci tangan dengan bersih lalu salutkan ayam dengan campuran tepung.
5. Salutkan ayam dengan serbuk roti.
3. Cuci tangan dengan bersih lalu salutkan ayam dengan campuran tepung.
4. Salutkan ayam dengan telur.
6. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan ayam.
7. Goreng ayam sehingga berwarna perang keemasan menggunakan kaedah deep frying.
Cara memasak sos
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega serta minyak masak.
3. Masukkan lada hitam lalu kacau.
2. Setelah mentega cair, masukkan bawang merah.
4. Setelah bawang layu, masukkan tepung gandum dan kacau.
5. Masukkan campuran sos perang demi glace. Biarkan sehingga mendidih.
6. Tutup api dan kisar sos.
7. Masukkan mentega (tak perlu kacau).
8. Hidangkan chicken chop yang sudah siap dimasak.
Chicken Chop Homemade |
Untuk sos chicken chop tu, anda boleh masukkan lebih banyak tepung gandum jika anda ingin sosnya lebih pekat.
Kalau makan semasa chicken chop tu masih panas, lebih sedap. Gandingan bersama coleslaw dan lyonnaise potato memang terbaik.
Boleh dikatakan banyak langkah-langkah untuk menyediakan chicken chop ni tapi berbaloi dengan hasilnya.
Jangan lupa cuba resepi ini. Jumpa lagi.
Wah menu ni buat sndri mmg puas hati kan..
ReplyDeletesedapnya. puas makan kalau buat sendiri :)
ReplyDeleteYa, kak. Sos pun boleh letak sebanyak mana yang kita suka.
DeleteJR boleh buat delivery ke Perlih dak? Cheq nak order 3 set chicken chop homemade JR. Nampak sangat sedap! 🤤😆
ReplyDeleteBelum ada delivery lagi, CS😂.
DeleteSubahanallah sentuhan masakan yang ikhlas...sedap nampak
ReplyDeleteBoleh cuba resepinya nanti😊.
DeleteLagi puas hati kann boleh buat sendiri walaupun banyak step nak hasilkan. Tiba tiba lapar chicken chop pulakkk >.<
ReplyDeleteKena cari bahan-bahan untuk buat chicken chop nampaknya, Atiqah😂.
DeleteWow sedapnya alahai
ReplyDeleteJangan lupa cuba reesepi ni nanti, Mamapp.
Deletemasak sendiri di rumah lagi best..boleh ikut citarasa sendiri dan yg penting boleh makan pakai tangan je hahahah
ReplyDeleteBetul tu, kak.
Delete