Resepi Lyonnaise Potato Versi TWJ

Hai semua. Entri hari ini agak berbeza kerana saya akan kongsikan resepi masakan barat (Perancis), iaitu lyonnaise potato.

Disebabkan adik saya pernah makan lyonnaise potato dan rasanya sedap, dia cadangkan lyonnaise potato sebagai hidangan sampingan untuk chicken chop. Saya pun ikut je sebab teringin nak cuba juga.

Walaupun nama resepi ni macam complicated, tapi resepinya mudah saja. Cuma mungkin parsli yang susah sikit untuk kita dapatkan.

Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
6 biji kentang-dihiris sederhana tebal & direndam dalam air garam
1 biji bawang holland-dihiris
Serbuk parsli/daun parsli segar-secukupnya
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Minyak zaitun/minyak masak biasa

Cara memasak 
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan kentang.

2. Perisakan kentang dengan serbuk lada hitam dan garam.

3. Apabila kentang sudah berwarna keperangan, angkat kentang.

4. Setelah selesai goreng kentang, masukkan bawang holland ke dalam minyak lebihan menggoreng kentang tadi.

5. Setelah bawang holland layu, angkat dan campurkan dengan kentang.

6. Masukkan serbuk parsli dan gaul hingga sebati.

7. Hidangkan lyonnaise potato yang sudah siap dimasak.

Lyonnaise Potato Versi TWJ

Sebenarnya, ini merupakan pertama kali saya masak dan makan lyonnaise potato. Bagi saya, rasa lyonnaise potato ni sedap. Kalau makan dengan sos lada hitam lebih sedap.

Sesiapa yang dah bosan dengan mashed potato atau french fries sebagai hidangan sampingan untuk chicken chop, bolehlah gantikan dengan lyonnaise potato pula.

Sekian sahaja untuk entri ini. Jumpa lagi.

#Video resepi Lyonnaise Potato sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

  1. First time dengar lyonnaise potato ni, ohh kiranya boleh dimakan sekali dengan chicken chop la ya. Boleh try next time sebab macam simple aje cara nak buat ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Ya, Atiqah. Boleh makan dengan chicken chop.

    ReplyDelete

Post a Comment