Resepi Mashed Potato Homemade Ala KFC

Hai semua. Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan resepi mashed potato homemade ala KFC. 

Beberapa hari lepas, adik saya mengajak saya untuk buat mashed potato memandangkan bahan-bahan yang diperlukan ada di rumah. Untuk pengetahuan semua, kami gunakan sos demi glace untuk sediakan sos bagi mashed potato ini.

Demi glace yang kami gunakan tu kami beli secara atas talian. Harganya dalam RM 20++ untuk yang 1kg. Jadi, memang tak digunakan sampai habis pun (kena fikir nak masak apa lagi lepas ni😂).

Campuran Sos Perang Demi Glace

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan untuk kentang
6 biji kentang-dipotong kecil
2 sudu susu tepung-dibancuh dengan air
1 sudu mentega-dicairkan
Serbuk lada hitam-secukupnya
Garam-secukupnya
Air

Bahan-bahan untuk sos
1/2 sudu mentega-untuk menumis
100g campuran sos perang demi glace
1 liter air
2 biji bawang merah-dihiris
Lada hitam-dicincang
Tepung gandum-untuk pekatkan sos
Sedikit mentega-untuk kilatkan sos
Minyak masak

Cara memasak kentang
1. Didihkan air dalam kuali lalu masukkan kentang dan garam. 

2. Setelah kentang empuk, angkat dan toskan kentang.

3. Lenyek kentang yang telah direbus di atas penapis dan ketepikan.

4. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Biarkan sehingga mentega cair sepenuhnya.

5. Masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam kentang, Gaul hingga sebati.

6. Masukkan garam lalu gaul.

7. Masukkan susu dan gaul hingga sebati.

8. Masukkan serbuk lada hitam dan gaul.

Cara memasak sos
1. Masukkan demi glace ke dalam satu bekas.

2. Masukkan air dan kacau lalu ketepikan.

3. Panaskan kuali. Masukkan mentega dan minyak masak.

4. Masukkan bawang merah. Tumis sehingga layu.

5. Masukkan lada hitam lalu kacau.

6. Masukkan demi glace dan biarkan hingga mendidih.

7. Masukkan tepung gandum dan kacau.

8. Tutup api dan kisar sos (untuk hancurkan bawang merah).

9. Masukkan mentega (tak perlu kacau, biarkan mentega cair sendiri).

10. Skopkan kentang ke dalam pinggan.

11. Tuangkan sos ke atas kentang.

12. Hidangkan mashed potato yang sudah siap dimasak.

Mashed Potato Homemade Ala KFC

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di atas, itulah mashed potato yang kami hasilkan. Tekstur kentang tu sangat lembut sebab kami gunakan penapis ketika lenyek kentang tu. Sos pula sedap disebabkan ada demi glace.

Sejujurnya ini merupakan pertama kali saya gunakan demi glace dalam masakan. Saya baru lagi 'mengenali' demi glace ni. Saya dapat tahu pun daripada adik saya yang ambil kursus masakan di universiti.

Bagi saya, teknik yang digunakan untuk membuat mashed potato ni tak terlalu susah. Cuma terdapat banyak langkah semasa memasak dan sesetengah bahan susah nak dapat di kawasan tempat tinggal saya ni. 

Kepada penggemar mashed potao, jangan lupa cuba resepi ni😊. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

#Versi video sudah ada di YouTube The Wonderful Jannah.

Baca resepi yang lain:

Comments

Post a Comment